Saya Benci Kritikan!

Kita merasakan diri begitu cemerlang bila asyik menerima pujian dari pelbagai pihak. Sempurna betul dirasa. Tapi nun sana ada yang sedang memerhati sambil tersenyum sinis. “Dia itu syok sendiri”.


Anda belum sempurna selagi..
Kritikan yang meruntuh mampu membangunkan kita. Tanpa kritikan, tabir keburukan dan kelemahan diri tidak akan tersingkap. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Jadi, kenapa perlu takut pada kritikan. Ketahuilah jika anda selalu menerima pujian, itu bermakna orang disekitar anda adalah dikalangan kaki ampu, bodek dan sebagainya. Anda masak mee goreng rasa jeruk betik pun mereka tetap mengiktiraf akan kesedapannya. Ada orang sekali dikritik terus mengundur diri tanpa membawa perubahan pada diri.

Begitu juga halnya dengan kepimpinan, jika tiada yang mengkritik itu bermakna ada yang tidak kena. Kemungkinannya hanyalah; sama ada orang bawahan takut diancam atau pun semua orang bawahannya di kalangan orang bisu dan buta. Dalam hal yang sama jika dikritik, jangan pula memandang yang negatif saja. Di sebalik kritikan itu adanya perubahan yang diminta. Jangan pula tutup telinga dan berundur..

Umar alKhattab ketika mula dilantik menjadi khalifah, beliau berkata pada hadirin:
“Jikalau kamu melihat pada diriku ada penyelewengan maka perbetulkanlah aku”. Lalu seorang lelaki berkata kepadanya: “Kalau kami dapati pada diri engkau ada penyelewengan, maka akan kami perbetulkan engkau dengan pedang kami”. Lalu Umar berkata: “Segala puji bagi Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar ada yang sanggup memperbetulkannya dengan pedangnya.”

Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak kerana berjaya memenuhi kerusi kosong Perdana Menteri Malaysia ke enam. Juga takziah kerana bakal mendepani pelbagai masalah yang begitu besar sebagai seorang pemerintah. Semoga kekal tabah.


9 komen:

nur syahiirah said...

Assalamualaikum..
salam ziarah. salam perkenalan. syukran kerana sudi melawat blog ana. syukran juga atas komen yang diberi.
orang yang tidak boleh menerima kritikan adalah orang takut untuk menerima kenyataan. mereka merasakan diri mereka telah sempurna dari semua segi sedangkan masih banyak yang perlu dibaiki.(hanyalah sekadar pendapat sahaja).
teruskan perjuangan akhi di jalanNya. InsyaAllah aka dipermudahkanNya.
wassalam

ati said...

If you show somebody a piece of your work and you ask them ‘What do you think?’, they will probably say it’s okay because they don’t want to offend you.Next time, instead of asking if it’s right, ask them what’s wrong.They may not say what you want to hear, but the chances are they will give you a truthful critism.Truth hurts, but in the long run it’s better than a pat on the back.

joe said...

kritik tidak selalu negatif, kritik yang membangun bisa membuat kita menjadi lebih baik..

Dr.Irwan said...

Orang yang sombong saje yang tak mendengar teguran orang. walaupun budak kecik, mungkin tegurannye tu boleh datangkan idea bernas kat kite. TQ!!

>> ajidz said...

buka la cuping telinga luas2,beliakkan la mata,lapangkan la dada dan tarik afas dlm2 serta beri la senyuman paling manis walaupun ianya pahit smbil mengucapkan terima kasih byk2 kpd org yg sanggup mengkritik diri kita ini..agar kita boleh memperbaiki diri ini dan tidak ada lg ungkapan bhwa "saya sahaja yg betul dan lurus di dunia ini"

kpd saudara muhriz trma kasih byk2 keranan sudi msak sedap2 wlupn sudah larut mlm ;)

Wa ALLAHu A`alam

SangMentari said...

Setuju dengan kamu.. kritikan amat perlu dalam pembentukan suatu perubahan ke arah yang positif. ramai yang gagal kerana gagal untuk memaksa diri menerima kritikan.

muhriz rahmat said...

*~NurSya~ : ahlan.

* ati: mm.. kadang-kadang kritikan musuh itu lebih bermanfaat dari pujian seorang sahabat. Betul?

* joe: TERIMA KASIH joe! Kritikan yang meruntuh juga bisa mengundang manfaatnya.. muhasabah diri..

* Dr.Irwan: ya. Hikmah itu Allah boleh jelmakan dari sesiapa pun.

* ajidz: Moga kritikan yang diterima oleh dada yang telah dilapangkan, mata dibeliakkan, cuping yang diluas kan itu, bila sampai ke dalam hati menjadi IKHLAS.. Anggota zahir belum cukup menjadi bukti Redho. Jangan pula lagi 'Bercakap Belakang' ya! (masakan saya juga perlukan kritikan walaupun saya tidak mahu menjadi chef restoran)

* SangMentari: Ya.. Tapi jangan pula hanya tunggu dikritik.. kelak kita tidak akan bangun sendiri!

Quhafah said...

Ana rasa penulisan di atas perlu lagi mengolah kalimah dengan cantik dan memberi kesan kepada pembaca, dan cuba meluaskan lagi skop penglibatnnya...erm pastu pitching ayat tue dah banyak lari...baiki lagi

terima kasih kerna memberi peluang kepada ana orang pertama mengkritik..

kerna kadang-kadang kritikan musuh itu lebih bermanfaat dari pujian seorang sahabat. Betul?

sedangkan musuh memberi manfaat pada kritikan, apatah lagi dari seorang kawan @ sahabat

peace ;-)

muhriz rahmat said...

Maafkan saya saudara Quhafah, anda bukan orang yang pertama mengkritik saya. Anda adalah orang yang ke 45309. Apa pun mengkritik bukan satu-satunya cara untuk mengubah seseorang. Ada kalanya kita perlu membawanya ke kursus penulisan! itu adalah lebih baik... ;) Terima Kasih Quhafah!!

Catat Ulasan