Motivasi Hadapi Saat-saat Peperiksaan

Peperiksaan bertandang lagi pada sudut akhir pembelajaran. Tanpa peperiksaan, terasa amat kabur kualiti ilmu kita selama ini. Tanpa peperiksaan juga, mungkin kesahihan dalam pengkajian ilmu kita selama ini tidak dapat diperbetul. Jadi usah pandang peperiksaan itu sebagai musuh yang dapat menghancurkan masa lapang anda.
Untuk para pelajar yang akan diperiksa ilmunya, di waktu ini anda akan sibuk membaca buku sambil sekali sekala menjeling entry post saya ini. Tidak mengapa. Dalam kadar masa 5 minit ini saya mahu kongsikan bersama anda satu teknik membakar semangat di musim peperiksaan. (Dan sememangnya semangat terhadap pelajaran mula membakar di waktu peperiksaan, tidak diwaktu lainnya - maaf jika gurisan itu timbul dihatimu..)

Ciptakan satu ayat PANAS yang memang anda tidak boleh duduk senang setelah membacanya WALAUPUN hanya sekali! Ingat ya.. ayat PANAS, bukan ayat GANAS.. Bina satu ayat yang dapat menakutkan anda sekiranya anda tidak lulus peperiksaan. Sebagai contoh "Jika aku tidak lulus pada tahun terakhir ini, kekasih ku nekad untuk berkahwin dengan orang lain" Barangkali ini tidak sesuai. Cuba pula yang ini.. "Jangan kerana aku lalai sesaat, aku terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan ini". Ini sesuai untuk mereka yang mengikuti peperiksaan mengikut fasal, atau tahun. Di Universiti alAzhar ini contohnya, andai anda gagal 3 mata pelajaran sahaja pun, anda layak menerima satu tahun tambahan semata-mata untuk meluluskan 3 mata pelajaran yang gagal. Jadi ayat ini amat sesuai. Ciptakan apa saja yang membuatkan anda tidak senang duduk setelah membacanya. Lekatkan di dinding, di daun pintu almari, di tulis di telefon bimbit dan di mana saja yang di rasa mudah terlihat.

InsyaAllah, di musim peperiksaan, tingkatkan motivasi anda pada setiap saat. Sama ada memberikan motivasi atau pun menerima nasihat dari orang lain terutamanya mutiara kalam ulama-ulama. Ingatlah dahulunya mereka juga seorang pelajar!

5 komen:

ati said...

salam...

selain itu juga kita boleh lekat gambar mak dan ayah..bila kita lihat gambar ibu bapa kita,mesti kita akan ada semangat nak belajar kan.

ilmu yang kita pelajari hendaklah di praktikan dalam kehidupan..jangan tunggu nak exam baru nak baca kan.(ati pun kadang- kadang macam tu juga)

selamat meghadapi peperiksaan!!!
semoga berjaya ye!!!

humaira said...

assalammualaikum..
ayat-ayat motivasi leh dijadikn sebagai penyuntik semngat dlm diri kita..motivasi yg terbaik adalah bermula dari dalam hati kita sendiri..kegagalan bukn mengajar kita erti kemusnahan tp mengajar kita erti kesedaran. sedar dimana darjah usaha kita, masa kita dan kesilapan kita. betul kata saudara tu, ilmu bukn hnya exam saje tp ia perlu kekal abadi tanpa ada noktahnya dlm ingatan kita..klu sekadar utk exam mmg diakhiri dgn tanda noktah di atas kertas semata2.untuk teman2 setiap yg pahit akn manis jua akhirnya..jgn putus asa:))

ajidZ said...

ye betull..yg mana pahit,tawar itu..lama2 kelamaan mesti dibetulkan sehingga mnjadi manis smula walau dlm keadaan mana sekali pun :)

segala musibah yg menimpa kne redha dan tenang hadapinya.Allah Taala sygkan hambanya..suma yg berlaku itu pasti akan ada hikmah di sebaliknya..

hanya Allah sebaik2 tempah meluahkan segala permasalahan berlaku dan amik la IKHTIBAR PENGAJARAN ats segala kejadian ni utk mengislah serta memperbetulkan smula diri kte agar tidak hanyut dgn lebih jauh lg...

sntiasa dptkan kalam nasihat dr alim ulamak,org2 yg soleh dan minta doa dari mereka..moga2 memperolehi keberkatan dan rahmat dr Allah Taala dgn perantaraan doa org2 yg soleh ini.. :)

Wa ALLAHU Taala A`lam

DeQku said...

Pengalaman sy untuk dikongsi:

1. Sudah membuat persediaan, walaupun tidak rapi.
2. Menjaga Hablum minaLlah wa hablum minanNas.
3. Memperbanyakkan ibadah.
4. Sentiasa bertawakkal kepada Allah.

InsyaAllah, Allah akan tolong hamba-Nya yang berusaha...

muhriz rahmat said...

ati: Ya.. semoga berjaya juga

humaira: Hanya diri sendiri saja yang tahu akan potensi diri. Motivator pun tak mampu berbuat apa-apa.

ajidZ: ya ajid..

DeQku: Terima Kasih kerana sudi berkongsi! Bila usaha batin disertakan, kejayaan lebih menyerlah.

Catat Ulasan