Muhasabah Cinta
Hampir sebulan video 'Muhasabah Cinta' berada di youtube. Jumlah kini sudah hampir mencapai 1000 tontonan.
Bermuhasabah Cinta Kita Pada Allah..
Ketika senang dan sihat manusia halakan cintanya pada harta dunia, pangkat dan kemewahan bertimbun. Sukar dipadam segala keenakan duniawi yang terpapar di hadapan mata. Begitu rakus manusia itu menjamah seiap inci nikmat dunia seperti seekor singa yang kelaparan.
Ketika suatu hari Allah mengambil seketika segala yang dimiliki manusia itu, diberikan sakit pada kadar yang ringan, manusia segera berpaling dari wajah dunia. Seolah-olah sikap tamak yang lepas tidak pernah lahir dari dalam hati. Manusia merintih, merayu agar dikembalikan semula nikmat sihat itu. Tanpa sihat kereta mewah itu kini menjadi hiasan indah di halaman rumah. Tanpa sihat wang berjuta ringgit tersusun elok di dalam almari antik. Semua nikmat terputus. Kerana manusia tahu, tiada yang dapat menyembuhkannya selain Allah. Dia juga tahu, andai titakdirkan mati, dia akan bertemu Allah. Kini cintanya hanya kepada Allah...
Di waktu sakit inilah rahmat Allah bertandang. Dengan kasih sayang Allah, melihat keadaan hambaNya yang merintih. Andai perasaan takut dan harap berkumpul maka segala dosa akan terampun.

9 komen:
salam mukhriz...
seharusnya ketika senang itulah perlu byk ingat pada jalanNYa...mnggunakan nikmat yg ada untuk ke jalanNya...pasti kamu lebih arif drp sy soal agama kan...
sy juga sentiasa yakin kesakitan yg hadir sebenarnya tuhan mahu mengampunkan dosa-dosa besar...dan sakit itu menambahkn lg ingatan padaNYa....jika tiada sakit..sy juga bimbang akan lupa dan hanyut dengan nikmat dunia...
Salam dari jauh..ati suka lagu ni..lagu ni memang best..senikatanya yg indah,liriknya yang menyentuh hati, mengingatkan kita ke atas kebesaran Allah S.W.T..nikmat yg diberikan olehNya..kecintaan kepada hambaNya.hanya pada Allah S.W.T cinta yg hakiki
Lagu ini juga mengingatkan ati pada Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yg menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara;
masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa kayamu sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.
Syukran ya akhi :)
Ya.. di masa sihat juga kita dapat update blog! ;)
Hidup anyut dalam sungai dunia. Renangnya kita diwaktunya sihat. kalau sakit itu datang, kita rebah di minggir sungai saja
Apa pun lagu ini memang hangat!
alhamdulillah..terima kasih byk2..i'm d one in a million..
smg dlapangkan Allah masa2 seterusnya utk membikin, melentur2 n melebur hati2..
Dua nikmat yang manusia selalu terlupakan iaitu,
nikmat SEHAT & WAKTU LAPANG.
Dan manusiakan menyedari betapa pentingnya dan beharganya nikmat2 yang dikurnia setelah semuanya hilang
Hargai apa yang anda miliki sebelom kehilangan
Anda boleh berikan komen terus di sini >> http://www.youtube.com/watch?v=i2yfH8LKUsw
lagu ini mengingatkan aku pada Aisyah Yahya.. huu
anas menangis dengar lagu ni. Blog ni info-compact. ^^, anas singgah bagi komen. Assalamualaikum
Catat Ulasan