Motivasi Dari Seorang Ibu
Waktu kecil, saya selalu dikejutkan setiap pagi dengan kata motivasi dari ibu saya. Ibu akan mengeluarkan ayat-ayat manis (ayat pujuk rayu) supaya saya dapat bangun awal. Langkah pertama, ibu akan mendudukkan tubuh saya dari katil. Saya akan terduduk dan sambil mata tertutup rapat, ibu mendengarkan kepada saya sajak motivasi yang direkanya sendiri untuk membangunkan anaknya. (Juga ibu menggunakan nama panggilan manja! -RAHSIA) Agak lucu mengenangkan zaman kecil dahulu. Perkara tersebut menjadi kebiasaan dan saya tidak perlukan lagi kata-kata motivasi untuk bangun tidur. Saya mampu berkejar untuk masuk ke bilik air terlebih dahulu sebelum abang-abang saya yang lain. Kalau ibu mengejutkan orang lain terlebih dahulu, saya akan merajuk dan tidak mahu bangun langsung. Hasilnya, saya dapat bangun awal pagi ke sekolah dengan perasaan seronok dan bukan secara terpaksa.
Jika anda punya anak kecil atau seorang adik yang agak liat untuk bangun pagi ke sekolah, maka gunakanlah cara lembut ini.
Jika anda punya anak kecil atau seorang adik yang agak liat untuk bangun pagi ke sekolah, maka gunakanlah cara lembut ini.
6 komen:
Wah, bagus teknik ibumu ini Mukhriz. Ya, setiap ibu adalah idola setiap anaknya. Terima kasih entri mu ini.
teknik yg bagus :)
bila ati baca artikal diatas,teringat waktu kecil-kecil dahulu.
masa umur 7 tahun memang susah sangat nak bangun untuk pergi sekolah.setiap pagi ibulah yang akan kejutkan ati dengan ayat-ayat yang manja.(tapi tiadalah sajak seperti saudara muhriz)kadang-kadangbila dah dikejutkan,ati tidur semula..apa yang paling ati suka sekali ialah apabila ibu menyiapkan ati untuk pergi sekolah.ibu akan sikatkan rambut,ibu akan pakaikan tudung & yang paling best sekalikan ibu buatkan air kesukaan ati untuk dibawa kesekolah..setelah itu barulah ayah akan menghantar ati kehadapan rumah untuk menunggu van..(rasa nak kembali semula je ke alam persekolahan)tapi bila dah dewasa,x dapat nak bermanja-manja macam dulu...manja sikit-sikit je.kena bgn sendiri..tapi kadang-kadang ibu & ayah juga yang kejutkan ;)
apa-apa pun ati sayang ibu dan ayah.
wow..menarik posting anda kali ini..mcm itu rupanya cara ibu anda membangunkan anda dr alam mimpi ke alam realiti.itu cara di waktu kecil anda..tp bila sudah dewasa adakah anda masih bangun menggunakan teknik lama ketika anda diwaktu kecil atau sebaliknya?
jika xkeberatan bolehkah anda berkongsi tips2 bgun dr dunia mimpi ke dunia alam nyata..khususnya di waktu awal pagi.. :)
jazakallahu khairan jazak ;)
ati: sajak tu, kiasan saja ati. Kata-kata ibu itu umpama sajak yang memukau setiap pendengarnya.
ajidZ; Oh saudaraku ajid.. Andainya cara lama masih saya gunakan, kemanakah lagi fungsi bunyian jam setiap pagi?
shafiQah: Anda boleh cuba jika punya anak yang kuat tidur.. ;) Terima KAsih shafiQah!
APA CARANYA?? KURANG MENGERTI???
Catat Ulasan