Seni jari di keyboard (3)

Bila eDPMT berwajah baru. dari hijau ke biru.. apakah maknanya?

Peperiksaan Berakhir, Ilmu Berterusan!

Alhamdulillah, peperiksaan (imtihAn) saya sudah ke penghujungnya. terasa ringan kepala ini, cuba untuk bertenang supaya ilmu yang di hafal tidak tertinggal di dewan peperiksaan. Tinggal ujian lisan (syafawi) bagi matapelajaran (maddah) al quran, usul feqh, feqh perbandingan.

Cumanya mungkin berkaitan dengan tajuk di atas. Meniru, menipu, men'copy', men'tapau' dan sebagainya adalah adik beradik yang sentiasa ada dalam hati-hati orang yang ada penyakit. Penyakit iman ini banyak menular di dalam masyarakat kita oleh sebab terkejar dek pangkat, harta dan nama. Janganlah kita sempitkan kepala otak ini dengan hanya menjuruskan bahawa, menipu hanya dalam pepeiksaan sahaja. Sebagai contoh saya bawakan di sini;

Hendak mendapatkan jualan, sesetengah peniaga atau pengeluar cuba mencipta testimoni dengan pelbagai jenis khasiat dalam produk mereka untuk melariskan jualan. Iklan di sana sini dengan paparan yang melampau dan ayat-ayat yang mampu memukau pembeli 'yakinlah dengan tut.. seperti mana anda yakin dengan tut..' Padahal produk mereka tidaklah seperti yang disangka. Dalam perkara ini Nabi saw amat melarang segala jenis penipuan dalam semua perkara, apatah lagi yang melibatkan duit dan keuntungan yang bakal kita makan sehari-hari.

Bagi seorang pelajar, menipu ini sering kita kaitkan dalam bidang 'meniru'. Bila datang peperiksaan, maka adalah sesetengah sahabat-sahabat kita yang sanggup meniru untuk lulus. Sebab apa dia meniru? Bagi saya sebab masa itu imannya kurang. Andainya dia yakin Allah melihatnya, maka dia tidakkan meniru.

Tidak kira dimana pun unversiti, luar dan dalam negara, sesiapa yang ada penyakit ini akan menggunakan 1001 teknik untuk meniru. (saya pun sudah mendapat pelbagai teknik tambahan untuk meniru dari pelajar syiria!) Wahai para ilmuan, adakah anda tahu, penyakit anda hari ini bakal menjadikan anda bahan bakar di akhirat kelak? Kenapa masih tidak nampak? Kita lihat, peperiksaan SPM contohnya, andainya kita meniru, dan dengan sijil itu kita mencari dan mendapat pekerjaan. Dengan pekerjaan tersebut kita mendapat gaji. Dengan gaji itu kita bawa makan untuk diri sendiri atau anak isteri. Tambahan pula gaji tersebut semakin bertambah dari hari ke hari.. Adakah ia halal? Islam tetap menjaga segala muamalat antara manusia dari awal punca pendapatannya hingga kemana dia menggunakannnya. Jadi adakah sumber pendapatan dari hasil meniru itu halal? Tidak. Ia tetap haram seperti juga adik beradiknya yang lain; menipu dan sebagainya yang telah saya terangkan di atas.

Begitu juga bagi sesetengah peniaga yang menciplak hak karya orang lain (dengan bahasa mudahnya cetak rompak) kemudian menjualnya. Ia tetap haram. Seperti juga anda mencetak buku pensyarah (doktor kuliah) dan menjual semula (resell) kepada pelajar dengan harga yang murah. Haram and tetap haram..

Pengajaran & Penghayatan: setiap apa yang kita lakukan, utamakan yang halal. Setiap satu perkara haram yang kita tinggalkan, Allah akan ganti dengan satu perkara yang halal untuk kita.