Peperiksaan untuk fasal pertama selesai!

Alhamdulillah peperiksaan untuk fasal ini telah berakhir pada 24 desember lepas. Perasaan terasa lega selepas menamatkan titik noktah dan selawat nabi saw pada kertas yang terakhir. BUkanlah bererti saya membenci peperiksaan. Namun kedatangannya membawa jantung berdegup kencang setiap saat. lebih kurang 100km sejam

Rasanya tahun ini lebih mencabar dalam saat-saat persediaan untuk menjawab soalan. Tidak pernah saya tidak tidur di malam peperiksaan. Sungguh memeningkan. Rupanya, saya bukanlah seorang yang terlalu kuat untuk berjaga sepanjang hari. Segala yang telah dihafal perlu mengambil masa 2-3 jam dengan tidur untuk menghafal subjek yang baru pula. Saya hampir2 perlu manghabiskan sebuah kitab setebal lebih 150 muka surat untuk peperiksaan keesokan harinya.

Kini pelajaran yang lepas, telah lepas dan perlu diulang semula. Ingat tak lagi, ilmu bukan tertinggal di atas kertas soalan. Saya harap, saya tidak menjelma menjadi makhluk seperti itu.

Yang pastinya, bahang pengajian luar kuliah akan terasa. Masing-masing sibuk dengan talaqqi bersama syeikh othman. Inilah masa pelajar-pelajar di sini mengutip mutiara berkilauan yang berada di merata bumu anbiya ini. Mengejar ilmu bersama dengan syeikh adalah suatu nikmat yang amat membahagiakan hati. Teringat kebesaran Allah, betapa luas ilmuNya meliputi seluruh alam, yang hanya hambanya ini mengutip sebilangan saja dari ilmu-ilmu itu di kawasan terpencil ini.

Semoga sahabat-sahabat di sana mendoakan kejayaan untuk diri ini. Doa yang terbaik adalah seorang yang mendoakan saudaranya, tanpa pengetahuannya. Anda akan dapat apa yang anda doakan untuk sahabat anda itu. Jangan risau!

Game Cinta "Kasihan"

Awas! Permainan ini dilarang untuk muda mudi Islam



Islam menghormati dan menghargai wanita. kerana itu syariat ALlah sampai ke bumi dengan membawa keadilan. Setiap lelaki dan perempuan yang ingin bersama, perlu bernikah terlebih dahulu. Ini sebenarnya sebagai 'ikatan' supaya melahirkan tanggungjawab antara kedua-dua pasangan. Firman ALlah Ta'ala: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". (Surah ar-Rum: 21) Nafkah perlu diberikan oleh suami kepada isteri walaupun sudah bercerai untuk tanggungannya dan anak-anak. Dengan bernikah, anak akan tahu nasab (keturunan) siapakah dia datang.

Pengajaran & Penghayatan: Sebuah institusi keluarga memainkan peranan penting untuk menghasilkan masyarakat yang harmoni. Pernikahan tidak akan berlaku kecuali redha meredhai, saling mencintai dan rasa tanggungjawab yang besar. Bukan kerana terpaksa hanya untuk menutup aib keluarga.