Game Cinta "Kasihan"
Awas! Permainan ini dilarang untuk muda mudi IslamIslam menghormati dan menghargai wanita. kerana itu syariat ALlah sampai ke bumi dengan membawa keadilan. Setiap lelaki dan perempuan yang ingin bersama, perlu bernikah terlebih dahulu. Ini sebenarnya sebagai 'ikatan' supaya melahirkan tanggungjawab antara kedua-dua pasangan. Firman ALlah Ta'ala: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". (Surah ar-Rum: 21) Nafkah perlu diberikan oleh suami kepada isteri walaupun sudah bercerai untuk tanggungannya dan anak-anak. Dengan bernikah, anak akan tahu nasab (keturunan) siapakah dia datang.
Pengajaran & Penghayatan: Sebuah institusi keluarga memainkan peranan penting untuk menghasilkan masyarakat yang harmoni. Pernikahan tidak akan berlaku kecuali redha meredhai, saling mencintai dan rasa tanggungjawab yang besar. Bukan kerana terpaksa hanya untuk menutup aib keluarga.
3 komen:
boleh tak saya copy benda ni? memang bakal penyelidik la..
ha'ah.... org2 islam xleh main game nih. merbahaya utk kehidupan korang
camni aku pun nak copy. bagi awek di kuliahku menitiskan air matanya
Catat Ulasan