Imtihan menjelang lagi

Musim imtihan menjelang lagi di Universiti Al Azhar Al Sharif. Ini adalah fasal (penggal) kedua setelah berlalu peperiksaan fasal pertama pada akhir tahun lepas. Kelihatan pelajar-pelajar sibuk mengulang kaji untuk peperiksaan masing-masing. Sebenarnya bukan suatu benda yang pelik melihat situasi ini. Malah dinegara mana-mana pun keadaannya sama sahaja.

Kita masing-masing cuba melepaskan diri dari belenggu keGAGALan. Biar apa pun terjadi, yang penting kita tak berjaya gagal. Walaupun sanggup meniru, atau pun menghafaz untuk waktu-waktu tertentu sahaja kemudian melupakannya.

Diketika ini kita akan sibuk memilih Muqorror (silebes), maka ramailah yang akan menjadi Pak Nujum untuk membelek-belek soalan yang bakal keluar. Semua ini berlaku, termasuk diri saya sendiri. Sebagai natijahnya, kita akan lihat, ramai yang cuba memahami tajuk dengan cara melompat-lompat tanpa memahami dengan betul dan tepat bersesuaian seperti yang dikehendaki oleh penulis kitab tersebut.

Ramai yang hafaz buta-buta, tanpa fahami tajuk dan perbahasannya, janji andai keluar 'keyword' soalan tu, itulah jawapannya. Tiada yang mustahil untuk mendapat cemerlang dengan cara ini. Ada juga yang dapat imtiaz gred A+++++ tapi bila ditanya.. kosong tak tahu apa. Namun, cuba fikirkan keadaan kita di belakang hari. Ramai mahasiswa-mahasiswa samada di dalam atau di luar negeri memulakan kerjaya sebagai guru, pensyarah, kemudian memberikan ilmu yang dia sendiri tidak mampu untuk memahaminya dengan sempurna. Maka anak murid juga tidak mampu untuk memahami apa yang diajar oleh gurunya. Kelak anak muridnya akan menjadi pengajar dan menyampaikan ilmu dengan cara yang sama. Perkara ini akan berterusan dan masyarakat kita akan jahil tanpa ilmu yang sebenar. Doktor Yusuf Qardhowi pernah menukilkan dalam kitabnya 'Feqh Aulawiat' berkenaan Kefahaman sesuatu lebih penting atau lebih utama dari hanya sekadar hafalan.

Maka pada waktu inilah baru saya dapat merasai, apakah itu kefahaman. Andai tajuk pertama tak faham, bagaimana nak faham tajuk kedua? Andai tajuk asas masih kabur, macam mana nak dalami tajuk2 cabang (furu')?? Perkara ini berlaku (mengikut pengalaman) apabila saya cuba membaca tajuk yang dikhususkan oleh doktor di kuliah, baca berkali2 tak faham. Kena baca dari mula kitab baru faham. Sebabnya banyak maklumat yang hilang apabila kita melompat-lompat (bukan bermakna membaca sambil melompat – membaca tidak ikut bab) dan menebok-nebok semasa membaca kitab. Andai kita tidak fahami tajuk pada tahun satu dahulu, kita juga akan menghadapi masalah untuk tahun dua. Padahal tajuk asas masih tergantung-gantung lagi.

Maka, harapnya kita semua dapat menghasilkan kualiti ilmu yang terbaik untuk diri sendiri, dan Islam. Ingatlah walau sesusah mana pun, itulah ujian Allah untuk para penuntut ilmu. Kemanisannya akan terasa di dunia dan diakhirat..

Pengajaran & Penghayatan: Setiap manusia yang 'HIDUP' ada ujiannya.. setiap ujian yang kita hadapi pasti temui kegagalan dan juga kejayaan. jadi bersedialah menerima apa jua dihadapan anda kelak kerana hanya 2 pilihan sahaja yang diberi. namun jika anda menerima kegagalan, anda tetap hidup sebagai manusia.. begitu juga jika anda berjaya.. Ingatlah.. Hanya orang yang mati sahaja yang tidak diuji.

kepada sahabat2, doakan kejayaan saya untuk peperiksaan kali ini dari 17/5 hingga 7/6 & juga jangan lupa doakan saudara kita yang kini dilanda 'ujian' yg lebih besar!di pa

lestin!