Sabar Dalam Kesusahan Menghasilkan Kesenangan!

Kursus dalam masa 3 bulan di negari kelantan suatu masa dahulu adalah merupakan antara penjara terjauh saya dengan keluarga. Teringat saat ujian getir keputusan wang di waktu itu. Wang yang luput dan tidak mungkin hilang tanpa saya membelanjakannya dengan begitu rakus. Tragedi ini berlaku pada akhir bulan setelah saya dengan rela hati memberi pinjam wang yang berbaki untuk seorang sahabat. Hingga seminggu selepas itu, baru saya sedari yang saya tidak punya wang lebih untuk berbelanja.

Keputusan diambil untuk terus bersabar dari meminta pinjam wang dari kawan-kawan. Secara automatik kulit muka menjadi 18cm tebalnya bila ingin meminjam sedangkan saya yang memberi pinjaman wang kepada orang lain. Habis sudah segala poket baju saya geledah. Nilaian syiling yang paling rendah juga tidak saya miliki. Mana mungkin dapat saya menghubungi keluarga. Saya duduk bertafakur bersendirian. Tanpa makanan seharian tidak mengapa. Semua zikir telah saya lafazkan satu persatu. “Ini ujian Allah”. Pujuk hati kecil.

Terdengar langkah berderap. Oh rupanya sahabat yang meminjam duit saya tempoh hari. (Risau juga hati ini jika dia ingin meminjam untuk kali kedua). Tanpa bertutur panjang, dia menghulurkan wang yang dipinjam seminggu lepas. Alangkah bersyukurnya saya pada waktu itu. Tapi ada satu lagi perkara ajaib yang terjadi.. Apa saja yang saya terniat untuk makan, memang benar-benar muncul di depan mata. Ya Allah, besar benar rahmatMu. Untuk sabar yang seketika itu sahaja Kau gantikan dengan yang lebih baik dari sebelumnya.

Dari Ibnu Mas’ud daripada Nabi Muhammad saw bahawa baginda bersabda: “Allah menciptakan setiap jiwa dan menetapkan hidupnya, rezekinya dan musibah-musibahnya.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi

Firman Allah Ta’ala

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
156. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
157. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Pengajaran & Penghayatan: Oleh itu, usah merungut diwaktu hemburan kepayahan mula membahang dalam detik-detik hidup anda. Sekuat mana raungan anda tetap tidak mampu untuk merubah takdir Allah. Bersabar itu adalah jalannya..


6 komen:

Ibn_Arabi said...

Boleh jadi WALI la lepas nih. hehehe.... so jgn risau kalau diuji dengan yang lebih berat lagi.

nbo_3 said...

Bro Muhriz orang Kedah?

Fathallah said...

ujian -> berjaya = ^kebaikan
= ^Qualiti
= ^dll

ujian -> gagal = <...
= <...
= <...:-(

kuatkan diri untuk berjaya!

* ^ = meningkat
* < = menurun
* dll = dan lain2
* ... = isikan tempat kosong yang sesuai

DeQku said...

Teringat cerita ustaz sy...

Beliau dipanggil utk memberi ceramah agama di suatu tempat yang agak terpencil.Beliau tidak mempunyai kenderaam sendiri, jd beliau terpaksa menaiki teksi.

Wang yang dibawa tidak banyak kerana beliau bukanlah dari kalangan orang berharta. Beliau agak terkejut jumlah wang yang dibawanya cukup3 dengan harga tambang teksi yang terpaksa dibayarnya...

"InsyaAllah, Allah bersamaku" Bisik hati beliau.

Selesai ceramah, tanpa diminta, tanpa disangka dan tanpa diduga... rezki datang mencurah-curah.

Ramai hadirin yang menawarkan untuk menghantar beliau pulang walaupun jauh. Beliau juga dihadiahkan wang sebagai saguhati atas ceramah beliau, malah wang itu dua kali ganda banyaknya dari wang yang digunakan untuk membayar tambang.

Begitulah, apapun yang kita lakukan, niat IKHLAS kerana Allah, akan dibalasNya berkali ganda besar dr apa yg telah kita korbankan.

Ibnurashidi said...

Salam...

saya dengan rasminya ingin menjemput tuan rumah dan sesiapa saja ke blog saya yg baru..

http://www.faridrashidi.com

P/S: ana sedang tunggu lama theme percuma tu..

muhriz rahmat said...

*Ibn_Arabi - ya.. awak bila nak jadi wali nikah?

*Fathallah - Anda mungkin mahir dalam Matematik Tambahan suatu ketika dahulu kan? Terima Kasih Fathallah! jalan kira-kira yang boleh diambil kira.

*DeQku - Tiada yang mustahil di dunia ini. Terima Kasih!

* Ibnurashidi - ya... saya akan datang pada kenduri blog tersebut. Untuk theme blog tu, saya akan siapkan secepat mungkin. Janji ada fulusss..

Catat Ulasan