Aku Ingin Berubah!

"Aku Ingin berubah! Ya, Aku Ingin berubah!" Kata-kata ini hanya memperakui perubahan diri dalam tempoh sehari sahaja. Walaupun lelah dada mengulangnya 100 kali dengan satu nafas, ia tidak mampu memberikan kesan yang jitu dalam diri. Memang kelihatan ada perubahan. Namun hanya sementara. Perubahan ini bukan semudah menjadi ultraman ataupun gaban dalam sekelip mata, tapi ini adalah satu perubaahan diri dari negatif kepada positif.



Perubahan sebenarnya lahir bukan hanya dari kata-kata sahaja. Perubahan itu timbul dari gelodak hati kita. Kerana itu hati disebut sebagai qalbun di dalam Bahasa Arab, yang membawa maksud antaranya; berbolak balik atau tidak tetap atau berubah.
Firman Allah Ta'ala:
وَنُقَلِّبُ أَفۡـِٔدَتَہُمۡ وَأَبۡصَـٰرَهُمۡ كَمَا لَمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهِۦۤ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَنَذَرُهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ
Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quran) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat. (Surah Al An'aam; ayat 110)

Sebagai contoh, anda berjanji untuk tidak meninggalkan solat fardhu pada awal waktu dengan berjemaah. Dalam tempoh masa 2 -3 hari ini anda kelihatan aktif bergiat keluar masuk masjid. Namun setelah beberapa hari berlalu, perubahan itu semakin luput dari jasad. Ke mana ia menghilang?

Sebenarnya suasana juga memainkan peranan dalam perubahan diri menuju ke arah kebaikan. Suasana yang membuatkan hati mula berubah yang kemudiannya memberi kesan kepada pengurangan iman anda. Anda ingin belajar mengikut masa. Namun anda masih duduk di dalam sebuah rumah yang dilingkungan oleh penggemar bola sepak yang sentiasa terduduk keras di hadapan televisyen. Ahli rumah anda seramai 6 orang. Hanya anda seorang sahaja yang kini terkial menongkah dan melawan arus sifat negatif dengan sampan azam yang masih baru itu. Bolehkan ia bertahan untuk berlawan dengan ombak yang sekuat 6 orang itu? Gagah itu tidak ada pada anda di saat ini.

Oleh itu, jika anda masih lemah, masih baru untuk melakukan perubahan, maka bersahabatlah dengan orang-orang yang sudah beruabah. Bergaullah dengan mereka yang selalu ke masjid, walaupun anda tidak berniat langsung untuk menjadi AJK Masjid. Bergaul dengan mereka yang rajin belajar. InsyaAllah ada kesan dan peningkatannya.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya petik sedikit kata-kata mutiara Al-Imam Abdullah bin Alwi Alhaddad sebagai penawar hati yang leka. "Usahakanlah diri anda untuk selalu bersahabat dengan orang-orang yang berakhlak mulia agar dapat meneladani perilaku baik mereka dan sekaligus boleh mendapatkan keuntungan dari perbuatan dan ucapan mereka."

5 komen:

DeQku said...

Assalamualaikum...

Sy pernh tergolong dlm contoh yang ustaz utarakn..kononnye nak jd kwn yg boleh mengajak mereka ke musolla, msuk program ilmuyyah etc. Tapi akhirnya, sy yg terpengaruh krn sy keseorangn. Yg paling malu n sedihnye, kena panggil pihak disiplin sekolah.

Apapun, kenangan masa sekolah adalah kenangan yg paling indah..

Mereka tetap mnjd kawan saya dan alhamdulillah, Allah dah bg hidayah...

ati said...

salam...
nak berubah mmg senang tapi nak mengekalkan perubahan itu mmg susah.macam-macam dugaan kena tempuh.

Pak Anjang said...

Sapa yang duk takok lama, dak punya visi and misi. Tau2 ja dah mati. apah tak dapat. Tapi nak berubah pun perlu kena usaha la

muhriz rahmat said...

Deqku- Untuk berubah perlu kepada keazaman yang kuat.

ati - Memang suatu perubahan itu perlu menempuh dugaan. Terima Kasih ati!

Pak Anjang - Tiada siapa yang dapat merubahkan diri sendiri. Sudah tuan badan juga tidak ambil perhatian terhadap diri sendiri..

shuu said...

salam...
apakah video "berubah - Edcoustic" itu diambil daripada sebuah filem? kalao betul, filem apa ya?

Catat Ulasan