Rahsia Semangat seorang Muslim (Bahagian 2)

2. Yakin dengan janji Allah.

Seorang yang yakin dengan apa yang Allah janjikan di dalam al Quran berupa syurga dan nikmatnya akan sentiasa menuntut agar dia diberikan dengan apa yang telah dijanjikan itu. Untuk mendapatkan apa yang Allah janjikan itu dia perlu patuh dan ‘membuat’ apa yang disuruh oleh Allah dan ‘meninggalkan’ perkara yang dilarang. Semangat untuk ‘membuat’ dan ‘meninggalkan’ perkara-perkara itu akan berlaku sekiranya mereka yakin dengan janji Allah di akhirat kelak. Contohnya jika kita dijanjikan oleh ibu ayah yang mereka akan memberikan kita hadiah apabila berjaya dalam peperiksaan, kita akan bersemangat untuk mendapatkannya. Segala usaha kita akan berterusan selagi tidak menemui kejayaan seterusnya menerima hadiah itu.

Allah menjanjikan dengan kemenangan. Firman ALLah Ta’ala yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati. (Surah Ali Imran). Allah sentiasa bersama dengan orang yang beriman. Kita melihat apabila seseorang yang ditinggalkan seperti sahabat karib yang selalu menjadi pembantunya, atau seorang yang menjadi inspirasinya dalam hidup meninggal dunia, dia akan merasakan putus pengharapan dari segalanya pada kehidupan berbanding sebelum ini. Sedangkan Allah sekali-kali tidak pernah alpa dari bersama orang mukmin walaupun sesaat. Semangat berkobar terjadi kerana orang mukmin sudah mengetahui yang mereka sedang bersama pentadbir alam, kuasa di atas semua kuasa yang ada di alam ini. Raja pemerintah semua pemerintahan.

Janji Allah dengan kenikmatan. Kenikmatan berupa syurga dan segala apa yang ada di dalamnya menjadikan seorang mukmin itu perindu akhirat. Rindu untuk bersama dengan Rasulullah, para Sahabat r.anhum dan orang-orang soleh. Gambaran minda yang terlukis akan kenikmatan itu walaupun tidak pernah melihatnya menjadikan diri mereka merasa asyik bila mengingati janji Allah Ta’ala itu. Dengan sebab itu mereka akan lakukan perkara yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala dengan cara yang paling baik kerana di sebalik perbuatan tersebut ada habuan yang menanti. Pendek kata alang-alang membuat pekerjaan, biar sampai menjadi.

Semangat untuk mendapatkan syahid perkara paling dinantikan oleh orang mukmin. Mereka melihat janji Allah di syurga lebih mahal dan lebih indah dari apa yang terpapar di atas muka dunia ini. Perjalanan menuju kesyahidan itu membawa mereka untuk sanggup melakukan apa sahaja hingga mereka menuju ke akhir hayat. Kita melihat hal ini tidak mungkin terjadi pada seorang kafir. Dari satu sudut bila mereka keputusan bom dan alat senjata dalam peperangan, mereka akan menyerah kalah atau membunuh diri. Hal yang sama tidak terjadi pada orang mukmin. Mereka yang berada di palestin contohnya tidaklah memiliki kekuatan material berbanding pihak zionis di sana. Semangat untuk syahid melonjakkan diri mereka ke arah kemenangan walaupun kadangkala syahid tidak datang menjemput mereka.

Kerana itu kita melihat semangat yang ada pada seorang muslim, walaupun mereka tidak punya kepentingan diri di dunia ini, tidak punya orang yang membakar semangat mereka tetapi mereka terus bersemangat. Ini terjadi kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLah dan bukan kerana manusia. Sanjungan manusia akan berakhir bila manusia itu sudah tidak ada lagi.

7 komen:

Quhafah said...

inilah model sebenar peribadi seorang mukmin,yang mana digambarkan oleh al-quran, semakin kita mengikuti segala ajaran islam, semakin teserlah keizzahan muslimin dan islam itu sendiri.

semakin pula kita menjauhinya(islam), semakin jelas semua kelemahan muslimin, sehinggakan dikiaskan oleh baginda صلى الله عليه وسلم seperti buih-buihan dilaut yang tiada nilai dan lembik.

dinss said...

cipta semangat setiap hari selepas membaca al quran!

naimothman said...

Ada yang hanya bersemangat bila berkumpulan, dia mungkin terbabas bila keseorangan. Ada yang hanya bersemangat bila ada kawan baik, dia mungkin terbabas bila kawan baiknya itu tiada. Ada yang hanya bersemangat bila gerak kerjanya hanya berkisar perkara-perkara indah, dia mungkin terbabas bila diuji dengan mehnah.

InsyaAllah, moga mereka yang memperoleh semangat daripada janji Allah terus istiqamah.

Tanpa Nama said...

syukran awi ya sahabat!

muhriz rahmat said...

naimothman, apakah nama blog kepunyaanmu?

naimothman said...

http://naimothman.blogspot.com

Tanpa Nama said...

Hidup Mulia atau Mati Syahid....
ALLAHUAKBAR....X99

Catat Ulasan