Menyempurnakan Pemintaan Kekasih

Kekasih adalah insan yang sangat kita kasihi. Bagi mereka yang sangat mencintai kekasihnya akan sanggup melakukan apa sahaja permintaan orang yang dikasihi walaupun dalam keadaan terdesak. Mungkin anda pernah mendengar atau mungkin juga tahu cerita cinta Laila Majnun. Cinta yang membuatkan orang menjadi semakin meng’gila’ kepada kekasihnya setiap waktu. Tanpa hadir bayangan raut kekasih dalam hati menjadi rindu tak keruan setiap saat.


Inilah tabiat (kebiasaan ) manusia yang mempunyai perasaan kasih kepada seseorang. Seboleh mampu mereka menjaga apa yang tidak disukai oleh kekasihnya. Seboleh mampu juga mereka membuat apa yang dipinta walaupun tanpa alasan yang pasti. Itulah yang berlaku kini antara cinta anak muda di arena Cinta Berkasih Zaman Moden. Namun kasih itu tidak salah malah bermanfaat jika ditujukan pada tempat yang sebenar. Apakah tempat yang sebenar itu?

Mari kita lihat satu contoh kisah para sahabat dalam mencintai Rasulullah saw. Para sahabat mempunyai cinta yang mendalam terhadap baginda saw melebihi isteri dan anak-anak mereka. Apa yang diminta, maka itulah yang akan mereka lakukan. Apa yang dibenci, mereka juga akan turut membenci. Satu kisah yang ingin saya kongsikan, mengenai seorang sahabat yang bernama Waa’il bin Hijr. Beliau berkata: “Pada ketika aku menjumpai Rasulullah dalam keadaan rambutku sangat panjang. Apabila sampai dihadapan Rasulullah saw, baginda saw bersabda: Zubab! Zubab! Saya menyangka Baginda mengatakaan itu kerana rambut saya, lalu saya pulang dan menyuruh orang memotong rambut saya. Pada keesokan hari ketika saya berjumpa semula, Baginda saw bersabda: Kata-kata saya itu tidak ditujukan kepada rambut kamu. Namun perbuatan kamu itu baik. (abu daud)

Zubab bermakna suatu perkara celaan atau benda yang tidak elok. Dalam kisah ini,secara jelas kita melihat bahawa sabdaan Nabi itu bukanlah ditujukan kepada rambutnya. Namun kefahaman yang berlaku di dalam otak seorang Pencinta akan mudah terkesan dengan kata-kata orang yang dicintai. Inilah bukti kecintaan para sahabat terhadap baginda. Semua suruhan itu adalah suatu yang pasti untuk dilakukan walaupun dalam keadaan payah.

Namun apa yang terjadi hari ini adalah:
a) Gadis remaja sanggup melakukan apa sahaja permintaan kekasihnya walaupun diajak untuk berzina. Apakah kebaikan yang pernah dilakukan olehnya sehingga ada yang mampu menuruti kehendak syaitan ini?

b) Terlepas solat fardhu kerana ber'dating' terlalu lama. Hendak menegur tapi malu. Bila ini berlaku, bermakna keagungan kekasih anda itu sudah berada pada taraf teratas; yang perlu anda sanjung tinggi.


Jadi adakah anda akan tunaikan apa yang Rasulullah saw minta sepertimana anda tunaikan permintaan kekasih anda? Andai anda tidak mampu itu bererti kecintaan kepada Rasulullah saw amat kurang. Ya, memang amat-amat kurang! Memang kita akui mencintai Nabi saw. Namun secara realitinya, cinta manusia akan jatuh untuk seorang sahaja. Walaupun anda sudah beristeri empat, pasti ada antara seorang itu yang paling anda sayang (dari pandangan orang yang sudah berumah tangga). Antara lima orang anak, ada seorang yang paling anda sayang. Antara 100 orang murid, ada seorang yang paling anda kasihi. Jadi manusia yang paling anda kasih, itulah kekasih anda. Adakah persoalan di atas sudah terjawab?

Kesimpulannya, adalah satu pendutaan andai kita mengaku cinta Rasulullah itu adalah yang utama bagi kita jika ada kekasih lain yang mendahului baginda saw. Anda tidak akan mampu untuk menunaikan Sunnah baginda tanpa menjadikannya sebagai cinta anda yang utama. Saya tidak menyeru kepada anda untuk membenci orang lain selain baginda saw. Yang perlu anda lakukan adalah mencintai Rasulullah saw dan meletakkannya sebagai tangga teratas di lubuk hati. Maka anda akan tetap mencintai semua muslimin kerana baginda juga sayangkan seluruh umatnya.

5 komen:

Tanpa Nama said...

sebagai renungan bersama....

Kecintaanmu kepada umat selalu engkau contohkan dalam sunnahmu ya Rasulullah, untuk menyelamatkan manusia dari kekufuran engkau berkorban apa saja, ya Allah baginda Rasul tidak menuntut apa apa dari pengorbanan beliau, beliau melakukan ini semua hanya ingin menyelamatan manusia dari kekufuran, ya Allah berilah aku kekuatan untuk mencintai beliau hanya itu lah cara terbaik umat ini untuk menyedari betapa cintanya rasul kepada kita

Tanpa Nama said...

wahai empunya blog yang budiman..biarlah nama ini dirahsiakan agar mudah untuk berkarya..

Tanpa Nama said...

kalau aweks suruh pegi rumah pagi2 pun mampu pegi. tapi bila nak bangun solat subuh... bukan main liat. tu la bila kekasih dari makhluk

ibnu_khotibie said...

..T_T..

kalau kita pernah berkata ,ibu bapa kitalah yang paling sayang akan kita...maka kita telah tersilap..
bahkan ianya(sayang) telah didahului dan diatasi oleh baginda صلى الله عليه وسلم , dan sayang itu tetap berkekalan walaupun telah berjumpa di akhirat..
صلى الله عليه وأله وسلم

muhriz rahmat said...

Tanpa kasih sayang baginda SAW, kita tidak mampu mencapai apa yang telah tercapai oleh orang-orang yang berjaya. Terima kasih ibnu khotibi!

Catat Ulasan