Lakukan kerja dengan gembira
Saya baru pulang dari program yang dianjurkan oleh persatuan pelajar di sini. Program yang menggabungkan seluruh pelajar yang berada di
Dalam program ini, saya ditugaskan untuk membuat satu ‘slide’ yang menceritakan rentetan sepanjang program. Saya menerima tugasan tersebut dengan rela hati apabila tiada yang sudi untuk melakukan tugas itu. Namun bahan yang diserahkan hanya sehari sebelum program penutup itu berlangsung, menjadikan fikiran saya agak kucar-kacir.
Saya sebenarnya bukanlah mempunyai waktu terluang yang banyak. Pelbagai perkara yang perlu saya lakukan pada minggu ini. Namun untuk berkhidmat kepada persatuan saya relakan juga.Kelmarin saya
Hari ini, slide saya ditayangkan. Apa yang terjadi? Adakah slide saya itu berserabut atau ada yang tidak kena? Pada waktu itu, speaker yang berada di dewan tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka slide yang dihasilkan bergerak bisu sendirian. Hati sedikit kecewa bila teringat kembali masa yang digunakan dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkannya.
Pengajaran yang saya dapat ialah, saya tetap rasakan kegembiraan seusai menyiapkan kerja itu dengan baik. Perasaan tertekan juga tidak terlintas dalam fikiran. Apa yang saya fikirkan ialah, saya telah mendapat ilmu baru dalam melakukan kerja animasi itu kelmarin. Memang sudah lama saya tinggalkan bidang animasi. Saya hanya tumpukan pada website sahaja. Waktu terakhir ialah ketika membuat slide show di tingkatan
Apa pun bila anda lakukan suatu kerja dengan gembira, perasaan hampa bila kerja itu tidak menjadi akan hilang. Berlainan orang yang melakukan kerja kerana terpaksa. Orang itu akan berasa tertekan yang amat sangat jika kerjanya itu gagal mencapai hasil yang sepatutnya. Ikhlaskan pada setiap pekerjaan kerana Allah Ta’ala. Niat untuk melakukan kerja yang baik walaupun kurang mutunya tetap diterima Allah sebagai ibadah.
InsyaALlah saya akan 'upload'kan video tayangan itu di youtube.
4 komen:
Apa kes? hihihi
Tiada kes. Cuma pertembungan kelakuan yang tidak sama seperti yang dikehendaki
bukanlah penghargaan menjadi nilainya,
bukanlah pujian menjadi pengukur,
bahkan ikhlaslah menjadi temannya,
kesungguhan itulah menjadi pelopor.
biarlah org nmpak diluar seperti kulit kacang,
asalkan isinya tetap sedap,cantik bermutu.. ;-)
gambate!! hiroshi ma'ak ;P
Quhafah: Sedap pantunikhlas itu. Jangan sampai orang menjadi kacang yang melupakan kulitnya sudahlah..
Catat Ulasan