Hakikat Kejayaan A1 - Anda sudah berjaya?

Tulisan ini hanyalah sebagai penenang dan juga sebagai pembangkit semangat kepada mereka yang gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM yang lepas. Ayuh, kita tetapkan diri untuk sentiasa bermotivasi.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Kita pernah gembira setelah mendapat huruf A1 yang banyak dalam sijil keputusan SPM yang lalu. Ayah ibu sibuk dengan kenduri merebah seekor lembu tanda syukur. Bangga tertitip dibibir-bibir mereka bahwa anak harapan mereka ini telah berjaya meningkatkan maruah keluarga pada satu tingkat yang dirasa begitu kukuh.Pada hari ini, adakah perasaan yang sama dirasai oleh ibu ayah anda jika anda membuat masalah di Universiti seperti ditangkap khalwat atau mencuri barang koperasi?

Kebanyakan ibu bapa dan juga kita sendiri hanya menghadkan kejayaan itu hanya terdapat pada huruf A yang tersirat dalam keputusan SPM. Seakan-akan SPM itu dapat menentukan kejayaan yang berpanjangan. Ibu bapa berasa begitu tersinggung jika anak mereka gagal mendapat yang terbaik dalam pelajaran. Seolah-oleh ada arang yang terlekat pada muka mereka yang amat sukar untuk dicuci.



Saudara-saudara,
Adakah kita tahu, kejayaan kita kini juga tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan keputusan pelajaran anak-anak atau adik-adik kita di sekolah. Di manakah kejayaan anda dalam berurus niaga? bagaimana prestasi anda dalam perkerjaan? dan yang paling penting bagaimana peningkatan iman anda terhadap Allah setelah 20-30 tahun usia yang anda telah lalui. Anda sebenarnya tetap gagal kerana tidak dapat menyempurnakan kejayaan untuk diri sendiri.

Nah, sekarang mengapa perlu dipandang rendah kepada adik-adik atau anak-anak kita yang gagal dalam peperiksaan? Hanya kerana keputusan yang kurang cemerlang kita tidak lagi bersemangat untuk mendidik anak kita ke arah yang lebih sempurna. Cuba ukur pula kejayaan kita hari ini. Andai anda juga gagal, maka tidak ada perbezaan antara kegagalan anak anda atau adik anda dalam peperiksaan dengan kegagalan anda dalam melaksanakan tugas seharian seperti gagal mendidik anak-anak dan lain-lain.

Ya memang benar keputusan yang baik menjamin akan kecerahan masa hadapan anak-anak. SPM antara penentu awal dalam mewarnai setiap alur pelangi kejayaan. Namun tidak semua manusia mampu untuk dididik secara formal. Mungkin anak tersebut gagal dalam pelajaran dan berjaya dalam bidang yang lain. Kita sendiri telah melihat kejayaan banyak tokoh tanpa lulusan SPM. Bukan bererti mereka gagal SPM,bahkan kertas soalan SPM juga tidak pernah mereka lihat.

Bagaimana pula dengan kes pelajar pintar suatu ketika dahulu. Tidak perlu saya sebutkan namanya jika anda sudah fahami apa yang akan saya tuliskan ini. Kini akal dan imannya sudah rosak dengan perkara yang begitu memalukan. Kejayaan A1+++ memang miliknya suatu masa dahulu, tapi tidak lagi kini. Bila ini terjadi, ibu bapa akan merasa betapa indah dan mahalnya nikmat yang ALlah kurniakan berupa seorang anak yang masih mampu berbakti walaupun hanya memegang cangkul di ladang.

Usah berputus asa melihat keputusan SPM yang tidak seberapa. Dunia ini masih bernafas jika nyawa anda masih diberi Allah untuk berdegup. Teruskan berjalan di dunia ini dan carilah apa jua lubuk kejayaan yang dapat membahagiakan anda dan orang tersayang. Rezeki berupa kejayaan itu sangat luas seluasnya rahmat ALlah di muka bumi ini. Pilihan berada ditangan anda. Mulakan dengan tawakkal dan gerakkan tubuh badan menuju pilihan anda itu. Umat islam itu adalah orang-orang yang berjaya. Jadi, lakukanlah kerana Allah!

6 komen:

Nani said...

memang pujukan untuk mereka yang gagal!!

ati said...

tak semestinya kita gagal hari ini,kita akan gagal selamanya.semaikan dalam jiwa bahawa kegagalan sebagai satu pengajaran berharga dan terima kejayaan sebagai satu semangat untuk kejayaan seterusnya.yang berjaya tu jangan angkuh.yang gagal tu jangan bersedih.berusaha dan terus berusaha lagi.Allah itu maha BERKUASA.jangan putus asa tau!!!

Quhafah said...

BERJAYA tidak beerti tidak GAGAL,
GAGAL tidak beerti tidak BERJAYA,

hati2 didalam memilih jalan...
maka beruntunglah MUSLIMEEN, lebih2 lagi MUKMINEEN, lebih2 lagi MUTTAQEEN, lebih2 lagi SOLIHEEN, lebih2 lagi SODDIQEEN

maka kejayaan itu adalah sejauh mana kita kembali kepada Pencipta

Dr.Irwan said...

Ramai yang gagal setelah berjaya dalam SPM. kawan2 kita pun terutamanya perempuan, masa SPM dulu nampak macam dah genius sangat, bila badai kehidupan semakin membesar dan menghampiri, dia pun hanyut sekali. sekali A1 yang dikutip tercicir terus. orang dah tak pandang..

muhriz rahmat said...

Tulisan ini sebenarnya membawa maksud, kita kena berjaya dalam semua bidang. Bukan sekadar berjaya dalam SPM sahaja.

Tanpa Nama said...

cintailah akhirat,,dan dunia akan mengejarmu..(kamu tak payah susah payah utk dunia krn dunia akan tunduk kpd org akhirat)..insyaAllah

saudara muslim

Catat Ulasan