Macam-macam Ada di Mesir

Petang kelmarin, saya melangkahkan kaki yang longlai ini ke pasar raya berdekatan untuk memenuhi tuntutan ahli rumah supaya membeli barang keperluan dapur. Dalam suhu panas pada tahap yang belum membimbangkan lagi itu, sudah mampu merubah posisi raut wajah saya menahan hemburan suhu bahang.

Seperti yang terdapat pada pasar raya lainnya, di sini adalah lambakan produk luar negara yang dicedok oleh Pemborong Mesir. Yang mengembirakan hati bila melihat peratusan produk dari malaysia kian meningkat dari hari ke hari yang kini sudah memakan tahun.

Mata saya merenung tajam pada satu sudut bahan minuman yang popular di Malaysia, power root. Ali Cafe (yang diterjemah dalam bahasa arab dengan Qahwah 'Ali), Pearl, Ali Cafe Cappucino juga kelihatan di situ. Putaran pada persoalan kini, adakah mungkin Rakyat mesir akan meninggalkan minuman Teh Panas kegemaran mereka yang enak diminum di waktu musim panas dan dingin? Yang paling menakjubkan bila melihat situasi seorang mak cik yang bersungguh-sungguh menggeledah Maggie yang berperisa Tom Yam pedas (bukan jenama 'Maggie'). Diketahui umum bahawa keturunan arab ini tidak suka yang pedas. Walaupun barangan dari Malaysia tidak sebanyak yang terdapat di Makkah, namun terubat juga keinginan menjamu makanan dengan sos dan kicap yang berperisa ala-ala cap kipas udang.

Menyelusuri perjalanan balik ke rumah, anak-anak kecil pula sibuk melontarkan putaran gasing masing-masing. Oh, mungkin suara bayu dari Malaysia kian memanggil saya untuk pulang. Guli dan permaian ten-ten yang dimainkan oleh kanak-kanak perempuan juga bisa menjadikan lorong ke rumah saya ini seperti keadaannya di perkampungan Malaysia. Kemungkinan pada hemat saya, permainan batu seremban dan polis entry juga bakal dikormisalkan di Mesir ini. Mungkin ustaz Yazid boleh menjadi jurulatihnya.

Apa pun pemandangan seperti ini boleh mengembalikan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam medan peperiksaan yang akan berlangsung sekitar dua hari lagi untuk kertas soalan yang kedua. Semangat untuk berjaya dan semangat untuk pulang ke tanah air!

Untuk mereka yang tinggal di benua asing, pujuklah diri anda untuk terus bersabar berada di rantauan. Semua itu adalah sesuatu yang manis yang akan mempertingkatkan lagi tahap kebudayaan dan kematangan diri.

6 komen:

Tanpa Nama said...

salam..
hmm...itu menunjukkan yg masyarakat sudah boleh menerima budaya kita terutamanya dari segi pemakanan..bagus jugak idea muhriz tu..siapa lagi yg nak perkenalkan budaya kita kalau bukan kita sendiri..:) batu seremban dan polis entry tu kalau budak2, insyaAllah..konpem diorang suka..sekurang2-nya dalam masa yg sama dapat bersenam kaki dan tangan..hehe..lagi satu idea, main tali skipping pun ok jugak..lagi berpeluh la budak2 tu..so, keep it up for the final exam..ok!! Salam Kejayaan dari sahabat kalian di tanah air..(even x kenal, tapi as a Muslim..semua kan bersaudara ^-^)

warkahraudhah said...

InsyaAllah,ya akhi.Teruskan berusaha dan mencapai kebahgiaan dalam bersusah payah.Ana melafazkan pesan doa dan nasihat ini,buat diri terlebih dahulu.InsyaAllah..

Selamat berimtihan.Ma'al najjah,insyaAllah.

muhriz rahmat said...

* Tanpa Nama - Mereka memang gemar bermain. Apa saja permainan yang tidak dimainkan oleh mereka.
p.s: Teringat air mineral yang pernah berada di pasaran malaysia, No Name. Andai nama orang No Name, memang satu yang memelikkan. ;) apa pun terima kasih. Doakan kejayaan semuanya.

* warkahraudhah - sama-samalah kita berdoa. Sememangnya seorang mukmin itu adalah seorang yang sudah berjaya!

SangMentari said...

Memang manis berada di sini. Ya Mukhriz, macam-macam ada di Mesir. Misr ummud dunia!

p/s tak tahu apa akan jadi nanti jika batu seremban bakal dimainkan anak-anak mesir.

Tanpa Nama said...

Salam..
Sy baru shj mengenali blog saudara..itupun dr youtube...secara kebetulan sy terjumpa video saudara yg bertajuk Muhasabah Cinta di youtube.com
Lantas sy tergerak hati mahu membuka blog saudara..dan secara kebetulan pula, kita berkongsi hari lahir yg sama..cuma tahun sj yg berlainan..kebetulan pula..
syukran jazilan utk video2 saudara dr kumpulan edcoustic itu..kwn2 sy pun suka video tu..
wslm...

::liz said...

salam..
tringin nk ke sana..

Catat Ulasan