Mencontohi Kisah Orang Berjaya

Kisah manusia yang cemerlang mempunyai daya kekuatan yang tersendiri. Sebagai langkah menuju kejayaan juga, kita perlu melihat dan menganalisa kisah orang yang sudah berjaya. Mana mungkin kita dapat mencontohi peribadi orang yang belum berjaya yang belum mempunyai kisahnya tersendiri. Kisah orang yang belum pernah berjaya adalah kisah insan yang belum lagi menjadi satu 'Cerita Kejayaan'.

Allah swt memerintahkan kepada hambaNya untuk meneliti dan mengimbas setiap kisah-kisah orang terdahulu yang terdapat di dalam al quran. Di sana terdapat contoh yang akhirnya membuatkan kita menyedari diri dan terus melakukan perubahan.

Firman Allah Ta'ala:

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْءَانَ
Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu.” (Yusuf: 3)

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي اْلأَلْبَابِ
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” (Yusuf: 111)

Kisah yang boleh diambil iktibar mampu membangunkan jiwa dari segala kelemahan. Amat beruntung jika kita mempunyai kisah sendiri dan orang lain boleh mendapat manfaat darinya. Ganjaran pahala disediakan bagi orang yang memberikan contoh teladan yang baik untuk orang lain. Di sini saya hidangkan kisah peribadi insan cemerlang yang hidup sezaman dengan kita. Moga semangat menjelang hari peperiksaan ini akan anda rasai.

Ustaz Zaharuddin.
Beliau boleh dijadikan contoh pelajar cemerlang dalam Pendidikan Islam. Anda boleh menilai sendiri tahap keilmuan Ustaz Zaharuddin dulu dan sekarang yang sudah beliau miliki dengan jalan yang seakan-akan mudah. Namun ia tidak semudah melafazkan perkataan M.U.D.A.H itu. Jika anda mengkaji latarbelakang beliau, pencapaian beliau kini sebenarnya adalah begitu menakjubkan. Ya, menakjubkan kerana beliau dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat.
Anda boleh baca secara lebih terpeinci di sini:
http://www.zaharuddin.net/content/view/618/72/

Irfan Khairi
Beliau merupakan insan yang berjaya dalam perniagaan. Beliau juga bukanlah seorang yang dilahirkan begitu hebat, namun beliau mampu menjadikan diri sendiri seperti orang-orang yang hebat. Beliau kongsikan bagaimana beliau boleh mencapai kejayaan dalam apa yang dilakukan:

http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/bagaiamana-nak-tahu-passion/
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/hobi/
http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/minat-wang/

Apa yang saya dapat rumuskan pada kejayaan mereka ialah, mereka mempunyai minat dalam apa yang diceburi dan mempunyai maklumat terperinci dalam sesuatu bidang.
a) Minat: Bila dikatakan minat, bermakna anda mampu melakukan sesuatu pekerjaan dalam keadaan seronok walaupun susah. Seperti hobi anda juga!
b) Maklumat: Perasaan semangat untuk berjaya juga akan sampai jika kita mempunyai maklumat tentang apa yang kita lakukan. Pendek kata, tak kenal maka tak cinta. Sudah tahu manfaat apa yang akan anda lakukan, maka anda akan terus lakukan hingga berjaya.

7 komen:

ati said...

salam...
bila kita baca kisah-kisah orang yang berjaya,mesti dalam hati kita akan berkata-kata " saya nak jadi macam dia!!!.kenapa dia boleh,saya x boleh???" betul x? itulah yang membuatkan kita bersemangat untuk berjaya seperti orang-orang yang telah berjaya kan.siapalah yang x nak berjaya.siapalah yang tak nak keputusan yang cemerlang kan.seeemua orang nak berjaya termasuk saya tapi...cuma rajin dan maaaalas sahaja yang menjadi penentu kan3.bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah...

niesa.imana said...

salam wbt..

bagi sy, orang yang sudah berjaya tak semestinya sudah mempunyai nama + dikenali orang. cerita seorang bekas penagih dadah mengatasi ketagihan juga merupakan kisah kejayaan dan wajar diteladani.

selain tu, apabila kita tetap sudi mendengar kisah mereka (orang2 biasa), insyaAllah mereka rasa dihargai dan lebih bersemangat untuk hari yang mendatang..

setiap orang ada kisah tersendiri (pengalaman), disebabkan kita tak mampu nak mengalami semua pengalaman, belajar mendengar kisah2 mereka mungkin cara terbaik ntuk grab banyak pengalaman.. kalo pengalaman itu bukannya suatu kejayaan, sekurang-kurangnya kita belajar cara untuk mengelak kegagalan tersebut.

wallahualam.. +)

~IsmiSyahiirah~ said...

Salamun alayk
sekiranya diri tidak mampu untuk mencapai kejayaan sepertimana orang lain setelah berusaha bersungguh-sungguh disertakan dengan berdoa padaNya, kejayaan menentang nafsu dalam diri sendiri juga boleh dianngap sebagai salah satu kejayaan yang bermakna buat diri sendiri.segalanya terletak pada diri sendiri.

muhriz rahmat said...

ati: Setiap kisah hidup itu boleh diubah. Cuma kemampuan yang akan mengaturkan semua gerak kerja hidup.

niesa.imana: Pendapat yang baik! Kisah hidup manusia Allah sajikan untuk manusia mendapat pengajaran dari kisah itu. Siapa yang melihat ke arah positif, maka dia akan ambil yang baik.

Syahiirah : Benar. Takrifan kejayaan itu telalu luas. Saya telah cuba merungkaikannya pada artikel ini http://muhrizrahmat.blogspot.com/2009/03/hakikat-kejayaan-a1-anda-sudah-berjaya.html Terima Kasih Syariirah!

ika said...

tapi rang berjaya tu hanya milik orang kaya.....
cz buat saya orang miskin tu ga mungkin
ibart orang bilang jangan mimpi.....

Tanpa Nama said...

ika pd saya org susah skrg xde mslh nk berjaya...
sbb pendapat sy...ni apa yg saya alami skrg...

kat negara kita ni kalo awk tau ade heraiki sebenar nye...miskin, sedarhana, berpengaruh..
famili sy pada sedarhana...tp pd hakikat nye kita nmpk gol. ni senang padahal susah sgt...

sy ingin sambung belajar tp x mempunyai wang...mcm2 bantuan saya minta...semua x dpt...bukan krn saya ni tidak cemerlang..tp pd saya result saya ni dh cukup elok syarat untuk membuat permohonan n insyallah layak dapat..kalo org kate saya ni tau belajar n tidak aktif pd saya salah...sy ni merupakan presiden fakulti saya(wakil pelajar fakulti)...jd hanya krn gaji ayah saya...saya kena berlapar untuk berjimat...

tp ble saya lihat pelajar dr golongan miskin ni.mereka dapat pelbagai bantuan...pd saya alhamdulillah...tp ade diantara mereka yg gne duit tu untuk berbelanja ngan beli Handphone baru, baju berjenama, kasut bjenama...pada hal duit sepatutnya digunakan untuk belajar..
ble pasal belajar, bli buku x nk, tp nk bli buku fotostat je...

jd pada saya xde alasan untuk kita kata org berjaya pd org yg mempunyai wang shj...

ambil la cth dr org yg berjaya...dorg bukan nye dr org yg senang..

zoni said...

Salam semua, bagi saya asas keturunan amat penting untuk memastikan kita berjaya dengan usaha yang sedikit berbanding dengan orang yang susah perlukan usaha lebih dari diri sendiri.Faktor kewangan sangat penting dalam hidup hari ini terutama bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.Carilah duit,uruskan dengan baik tapi disebabkan faktor keadaan apa yang dirancang semua tak menjadi,ada-ada saje halangannya.maka susahnya jadi berlarutan.

Catat Ulasan