Penyakit kurang FOKUS

Orang yang fokus bererti mempunyai matlamat dan tujuan. Semestinya mereka yang fokus hanya mempunyai satu haluan yang ingin dituju. Kebanyakan kejayaan yang diraih oleh mereka yang fokus ini lebih tinggi dari mereka yang kurang menghayati fokus dalam sesebuah pekerjaan.

Apakah penyakit yang melanda ini?
Attention Deificit Disorder atau ADHD (AttentionDeficit Hyperactivity Disorder), atau dengan bahasa yang mudah, penyakit lesu dan kurang fokus untuk pekerjaan seharian. Orang yang memiliki penyakit ini mempunyai daya tumpuan yang lemah (otak melayang) kekacauan pikiran, sifat kehilangan dorongan dan gerak hati, serta keresahan atau kegelisahan yang menganggu fungsi dan pekerjaan sehari-hari.

Sebenarnya pelbagai punca penyebab kita tidak atau kurang fokus kepada sesuatu pekerjaan yang sedang dilakukan Kebanyakannya ialah mereka yang suka buat pelbagai kerja dalam satu keadaan. Kalau boleh, dia ingin melakukan semua kerja. Pernahkan anda ingin melakukan satu perkara, dan perkara lain pula yang dihasilkan? Seperti asalnya ingin membeli kitab (buku) di sebuah Pameran buku. Tiba-tiba ditengah jalan terlihat DVD playstation dijual dengan harga murah. Lantas membeli dan setelah duit habis digunakan, terus balik. Bila tiba dirumah, terfikir apakah tujuannya keluar rumah tadi. Adakah untuk membeli DVD playstation atau buku ilmiah?

Begitu juga mereka yang ingin membaca buku. Asalnya ingin membaca buku Sains, tiba-tiba terlihat buku Bahasa Arab. Timbul dalam hati, hendak belajar Bahasa Arab (semangat). Namun semasa membaca buku sains tersebut, hati asyik teringat dan terbayang buku Bahasa Arab, terus ditinggalkan buku Sains dan membaca buku Bahasa Arab pula. Inilah contoh mereka yang kurang fokus dalam membuat satu pekerjaan. Dalam hal ini, mereka sebenarnya menempah pelbagai kerja dalam kehidupan.

Hayatilah sabda Rasulullah (saw): "Perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ialah perbuatan yang dilakukan dengan istiqamah". Lakukan kerja secara berterusan sehinggalah kita sampai ke matlamatnya. Tetapkan matlamat, objektif, pasti anda akan terhindar dari penyakit tidak fokus ini. Sebagai nota tambahan, sekiranya anda mempunyai idea lain ketika membuat sesuatu perkara, catatkan sahaja. Mungkin boleh difikirkan semula pada waktu yang lain.

10 komen:

Tanpa Nama said...

salam,

ana teringat sorang kawan ana, penyakit dia iras2 macam artikel di atas, penyakit tue datang bile time nak pekse, ana rase dia xfokus masa yang dia sudah kehilangan, contohnya dalam seminggu lagi nak exam, dia mula tiba2 study, pastu sekejap2 tukar buku, sekejap2 tukar buku yang lain pula,

adakah fokus dan tumpuan dia hilang,?
adakah kemungkinan penyakit tue ade pada kawan ana itu? boleh x saudara sebutkan beberapa cara merawatnya?

Tanpa Nama said...

penulisan yg mantap. memang byk org mengalami penyakit sebegini dan mereka tak tahu diri mereka mengidapnya. artikel ni boleh jadi panduan buat mereka yang hidup tidak tentu arah. TQ!!!!!

Tanpa Nama said...

untuk jadi fokus jugak, kite kena tau ape yg kite nk tuju.. orang masih xnampak ape yg ingin dia capai sebenarnye masih kabur lagi masa depan dia meskipun dah byk benda yang dia buat utk capai kejayaan

muhriz rahmat said...

Syarie' Babelie7, mana-mana pelajar pun, bila study di akhir waktu sebelum peperiksaan akan mengalami masalah yang sama. Boleh juga kkita ertikan dengan 'kelam kabut di waktu peperiksaan'. Untuk menghilangkan kegelisahan sahabat anda itu, nasihatilah dia supaya ulangkaji di awal waktu. Siapa yang bersenang dahulu (sebelum peperiksaan), akan susah di kemudian(hari peperiksaan). Biar susah dipermulaan kerana kita masih ada waktu untuk menuju pengakhiran (hari peperiksaan). Andai susah pada pengakhiran? adakah waktu selepas itu (peperiksaan)? -andai anda ada sepuluh jari tangan, mana nak cari jari yang kesebelas?-

==========================================
Syukran Azar atas respon

Tanpa Nama said...

orang camni sebenarnya takda tujuan.. buat banyak kerja, satu apah tak siap. so sebenarnya saya pun kadang-kadang pun terkena penyakit kurang fokus ni. mungkin salah satu sebabnya adalah pemakanan kot. mungkin la kot

Tanpa Nama said...

time bila dh kelam kabut, mana lak nk fokus

Tanpa Nama said...

ni mesti time orang ngaja, otak gi merapu ;) memangg faktor pemakanan.. makan nasik lemak byk sangat time waktu ehat (orang melayu la ni)

Tanpa Nama said...

@faRa
macam ade pengalaman je..;-P

Tanpa Nama said...

wahai sahabat..jika kamu sedar kelemahan mu adalah kurang fokus,janganlah risau kerana itu semua adalah dugaan dari Allah.berusahalah kamu.berjumpalah dengan gurumu sesudah kuliah supaya kamu faham.sesunguhnya manusia dilahirkan dengan akal.semuanya pandai tiada yang bodoh.yang bodoh itu adalah kerana sifat malas yang ada dalam diri.oleh itu buanglah sifat malas itu untuk mencapai kajayaan didunia mahupun diakhirat.

deliciousdeen said...

salam,

thanks!

Catat Ulasan