Jangan patah semangat!

Saya baru pulang dari pengajian kitab di Zaqaziq. Memang sangat letih dan saya kekurangan 'mood' (mungkin ada sesuatu yang berlaku), tambahan pula cuaca yang sejuk diluar pada pagi ini (12.30 malam). Selalunya saya akan membaca emel dan akan melihat gambar untuk merehatkan fikiran. Post ini telah saya hantar setelah menonton satu video yang saya kira mampu membantu kita untuk membentuk semula semangat sekiranya ia mula beroperasi agak perlahan.

Ramai orang yang gagal kali pertama menempuh hidup ini menyerahkan dirinya sebagai penyerahan seorang yang sudah mati (tiada pengharapan). Padahal dia 'tetap' hidup bersama dunianya yang sama setiap hari. Sebagai contoh, orang yang putus cinta membunuh diri kerana merasa dirinya begitu gagal dalam hidup. Orang yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun berasa diri sungguh malang walaupun itu adalah kegagalan pertamanya. Ingatlah Rasulullah saw pernah diuji dengan kewafatan isteri yang tercinta, Saidatuna Siti Khadijah r.a.ha dan juga bapa saudara baginda pada waktu yang hampir sama. Namun membawa risalah ALlah sebagai tugasnya tetap dijalankan walaupun mempunyai masalah peribadi. Di sinilah ALlah menunjukkan kekuatan semangat yang ada pada Nabi Muhammad SAW.


Setelah menonton video ini, harapnya kita perlu muhasabah diri dengan apa yang ALlah telah tetapkan di dalam hidup kita. Adakah takdir yang telah ditentukanNya itu terlalu buruk untuk kita di dalam dunia ini atau ia adalah suatu yang bermanfaat untuk masa hadapan. Yang penting adalah perubahan, bukan bersedih berterusan dengan apa yang menimpa. Kesedihan dan menangis seharian selama setahun pun tidak mampu untuk membahagiakan hati.




Pengejaran dan penghayatan: Putus semangat hanya mengundang kesedihan yang berterusan dalam hidup kita. Berusahalah berkali-kali sehingga berjaya mengembalikan semangat itu dan kita hanya akan tersenyum bila melihat perubahannya. Biarkan pergi sesuatu yang telah telah hilang pada hari KELMARIN, teruskan kehidupan kerana kemungkinan ada sesuatu yang baru akan anda temui pada hari ESOK, kerana ESOK adalah suatu yang BARU!

7 komen:

Tanpa Nama said...

video ni ngajak kite bersyukur kpd Allah atas nikmat yang dia beri kpd kite. kekdg kite terasa kite la yang paling malang, padahal byk lg org yg lebih malang daripada kita, tp mereka tak merasa diri mereka tu seorang yg malang

Tanpa Nama said...

orang yang macam ni pun boleh hidup bersemangat lg ye.

Tanpa Nama said...

mungkin disitulah salah satu hikmah redho dengan qada' n qodar,kerana dengan memahami keduanya, kita diajar supaya mencari dan mempunyai semangat yang kuat ,meneruskan kehidupan ini.

Tanpa Nama said...

insafnya bile tgk video ni..

Tanpa Nama said...

kalau orang camni pun masih semangat nk hidup, camne la pulak orang baru putus cinta pun dah nak bunuh diri. macam la dah takde harapan lain

muhriz rahmat said...

macam-macam ujian ALlah dalam kehidupan manusia. Walaupun tidak sempurna pada anggota, tapi ALlah akan beri kelebihan pada hal yang lain. KAdang-kadang, kita melihat diri sendiri begitu sempurna tapi orang memandang jelik kekurangan yang tidak terlihat oleh kita.

Tanpa Nama said...

Benar sekali,ya akhi.

Ana berazam untuk lebih bersemangat.

Wassalam wbt.

Catat Ulasan