Lagu untuk Pen'cinta'

saya tujukan lirik ini untuk mereka yang sedang hangit hangat bercinta.

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...


Sudahkah anda membaca post saya berkaitan cinta sebelum ini? klik di sini untuk membaca


5 komen:

Tanpa Nama said...

nasyid ni memang mendalam maksudnye.. kite sungguh2, penat lelah, abih duit nakkan cinte tu datang.. tapi bile cinta xdapat? ape yang dapat? so berilah cinte sekadarnye kpd makhluk, selebihnye serah kt ALlah.. Die lah yang pegang sume ati manusia ni..

Tanpa Nama said...

aku mmg suke dengar lagu ni. sebenarnye bg muhasabah kt pakwe dan makwe diluar nu

Tanpa Nama said...

ni lagu nasyid nih. lagu dia memang rasa cam nak nangis

Tanpa Nama said...

kalau ade MP3 dia pun lagi baguih

Tanpa Nama said...

Epal yang tidak berkualiti amat mudah
diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.“Susah dipetik, susah digapai”.
Terkadang itu, epal itu risau,“Kenapa diriku belum dipetik?”Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan sebenarnya Allah telah menjadikannya begitu tinggi mertabatnya…
sehingga tiada siapa yang berani memetik…
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu… mungkin tidak di dunia, namun di akhirat.
Biarlah jodoh tidak di dunia,
asalkan cinta Allah mengiringi…
OLEH ITU WAHAI KAUM HAWA JUGA KEPADA KAUM ADAM,JANGANLAH KAMU MERENDAHKAN MERTABAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADAMU.SESUNGGUHNYA JODOH $ PERTEMUAN ITU DI TANGAN ALLAH.

Catat Ulasan