Cinta Kasihan dan Cinta Kasih Sayang
Mungkin mudah untuk saya bahasakan cinta muda mudi zaman kini sesuai dengan slogan; cepat dan mudah! (ini bukan slogan produk masakan adabi). Kitaran cinta secara am dijadikan adat dan tiruan sehingga seakan-akan menjadi kewajiban anak-anak belia melakukannya. Firman ALlah Ta'ala: “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis-jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia”.(Surah Ali Imran : 14)
Bermula berkenalan entah dari mana usulnya, berterusan dengan memberi salam dan tujuan perkenalan. Muka setebal 5 inci sudah nipis agaknya dek ditutupi jerawat
Pesona perkataan dengan prosa kata yang agak manis untuk disiulkan demi menambat sebuku hati hampir berjaya 50% untuk kali pertama.
Si gadis tertunduk malu seakan-akan kali pertama digoda,
Berfikir 5 minit sudah sanggup untuk menerima cinta pertama walapun hanya bergelar KAWAN. (AWAS!! ‘kawan’ zaman ini mempunyai pelbagai pengertian!). Ikatan KAWAN berterusan sehingga sebulan. Dalam waktu itu hubungan KAWAN mampu bertukar menjadi eksterim dalam sekelip mata. Alatan canggih zaman moden ini amat membantu hubungan ‘KAWAN’ tadi. Yahoo! Messenger, handphone, friendster, dan 1001 jenis lagi yang tidak perlu saya sebutkan..
Ya.. teruskan lagi..
Perkataan saya dan awak bertukar menjadi SAYAng dan biAWAK abang, walaupun diakui itu bukanlah abangnya (abang kandung pun tidak dipanggil abang) hari-hari memendam rasa, perasaan bergelora maka timbul untuk selalu bersama.. berDating menjadi program utama..
Berpegang tangan di HARUSkan dan sememangnya terkadang mereka bukanlah jahil hukum. Tapi otak kemaruk diselaputi kisah cinta
Beringan-ringan di tempat sunyi. Tangan sendiri menjadi tangan kekasih. Sabda Nabi SAW: "Tidak boleh bersunyi seseorang kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim. (Riwayat Imam Bukhari)".
Wahai wanita, ingatkah kau dahulu di masa kecil, ibumu yang membasuh kemaluanmu seharian, dibasahi air najis berbau hancing. Sanggup berjaga malam menukar lampinmu yang basah serta berhabis duit kerananya? Adakah ibumu redha dengan keringanan yang kau berikan kepada kekasihmu untuk dinoda dengan PERCUMA??
Wahai lelaki, kau mudah memperdaya, sedangkan kau juga tahu, kekasihmu itu muslimah yang mempunyai nilai di sisi Tuhannya?
Apakah perasaanmu andainya kau melihat adik perempuanmu dinoda lelaki lain tanpa ikatan nikah. Alangkah murahnya keluarga mu.
Tahukan kamu wahai lelaki, wahai wanita, apakah itu ikatan, dan apa tujuan Allah SWT menjadikan ikatan itu sebagai yang terbaik untukmu? Bayangkan sesuatu barang yang tidak diikat bererti ia bebas terlepas kemana-mana. Kita dapat melihat realiti yang akan berlaku dari peribahasa ‘habis madu, sepah dibuang’ bila perkara ini berlaku.
Dimanakah IKHLAS yang kamu canang dengan mudah? Dimana malu seorang gadis muslimah? Hanya tertinggal didalam DVD cinta filem
Apakah syaitan sudah musnah pada zaman ini lantaran banyaknya sekolah2 pengajian agama yang membangun di
Seterusnya bila berlaku perkara yang tidak diingini, (anda faham bukan, maksudnya?) Firman ALlah: "32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (Surah al-Israk: 32) Bila anak muda mempunyai seorang bayi yang seakan2 ‘sebaya’ dengan adik kandungnya. Mula keliru dengan apa yang telah dilakukannya. Bayangkan impian sepasang kekasih tadi ingin membina keluarga bahagia hancur bila perkara ini berlaku. Si lelaki belum berkerja, untuk sara diri sahaja pun mengharapkan bantuan keluarga, si perempuan sudah berbadan dua juga mempunyai masalah yang sama. Berkenalan tidak sampai sebulan dua sudah mempunyai seorang anak tanpa ikatan nikah. Lelaki itu dengan perasaan kasihan, menikahi kekasihnya. Lalu, dimana cinta kasih sayang mereka? Cinta kasihan bererti cinta terpaksa. Bolehkah institusi kekeluarga muslim ini akan teguh lama? Saya tinggalkan persoalan untuk kita menilai diri..
Pengajaran & Penulisan: Tulisan ini memang nampaknya agak ngeri bila dibaca, namun kita perlu melihat realiti. Sememangnya perkara ini yang telah dan sedang berlaku di bumi Allah. Oleh itu, diatas coretan saya hari ini yang agak mengguris ‘pakwe’ dan ‘makwe’ harapnya dapat memahami cinta yang diluluskan oleh syariah dan cinta yang membawa kepada benda yang haram. Ingatlah setiap perkara yang bertentangan dengan syariat atau undang-undang yang Allah telah tetapkan, akan membawa kerugian kepada diri sendiri.
Oleh itu, bezakan antara cinta kasihan dan cinta kasih sayang..
4 komen:
gini le cinte sebenarnye bdk mude sekrg.. mudah jatuh cinta.. last jatuh longkang.. sendiri susah.. thank Bro! good article! leh jadi advice kt member2 malaysia nih!
salam,
sebenarnye syabab kita pada hari ini lebih teruk dari kes diatas, disebabkan berjayanya rancangan puak2 kuffar terutama zionis laknatullah alahim,
ianya telah terbukti sejak SULTAN ABDUL HAMID II digulingkan pada tahun 1909 lagi apabila sebahagian ummat islam di Turki pada waktu itu berpakat dengan zionisme untuk menjayakan rancangan jahat itu.
Dan perancangan untuk menjatuhkan Islam terus berjaya dengan kelalaian ummat Islam di setiap negara dengan pelbagai hiburan, sosial, ekonomi dan sebagainya.Ditambah lagi dengan tali barut agama dan ummat islam yang terdiri dari mereka sendiri.
teruskan perjuangan saudara, sahabat2 yang lain, moga2 kita diberi kekuatan untuk beristiqomah dalam perjuangan ini, untuk memimpin ummat ke jalan yang benar...
ini antara situasi sebenar yg berlaku di negara kita.. negara kita menuju ke arah barat. nilai murni orang melayu sudah luput.. semoga kita semua istiqomah dalam menjadi seorang muslim dan muslimah.
memang tajis la bile dengar kisah bebudak zaman nih.. mcm2 mende leh jadi. sian gak
Catat Ulasan