Muhriz dan Muzik


Pada usia saya 11 tahun, saya meminta ibu untuk membelikan sebuah organ (lebih kurang piono) setelah dipukau oleh seorang pemain piono profesional di kaca televisyen pada suatu pagi. Minat sahaja tidak mencukupi, kerana saya memang tidak mahir bermain alat tersebut. Tapi kesungguhan yang sedikit ini, akhirnya membuak keluar menjadikan saya seoarang peminat muzik diluar alunan muzik nasyid yang selalunya beralunan rentak kompang dan kongga. Dalam waktu itu, saya cuba mendapatkan seberapa banyak info untuk bermain organ samada dari internet dan media lain. Saya juga mempunyai VCD dan CD software mengajar cara bermain organ. Hasilnya, saya mampu mengenali not-not muzik walaupun tidak sehandal guru-guru muzik di sekolah rendah tamil. (tahukah anda, sebagai pemain muzik kita perlu melatih tangan kiri dan kanan serentak. Ini bermakna sel-sel otak anda akan menjadi aktif dan cergas ketika mengalunkannya!)


Teringat persembahan live saya berduet dengan seorang sahabat pada malam perpisahan pelajar kursus bahasa dinilam puri, kelantan 2003/04. Persembahan yang begitu hambar dan sedikit lucu menjadi bahan gelak ketawa penonton dengan diiringi sorak suara seakan-akan memuji. Otak saya masih bercelaru pada waktu itu dan tidak mampu bermain dengan baik. Di suruh pula bermain organ. Rupanya dalam otak bercelaru, kita tidak mampu menghasilkan muzik, tapi hanya boleh mendengar muzik untuk meredakan perasaan kembali. Penulis dan pencipta lagu juga mungkin mengalami perasaan sedemikian.

Nilai seni yang terhasil dari pencipta lagu dan lirik sangat tinggi sebenarnya. Mereka mampu mencipta perasaan pendengar dengan tema yang mereka ingini. Dari satu sudut, seorang muslim mampu mengubah perasaan hatinya dengan mendengar ayat-ayat al quran yang dibaca dengan pelbagai nada. Apabila qari (pembaca alQuran) mula membaca ayat berkaitan azab Allah dengan suara sedikit keras, hati akan bergetar ketakutan. Begitu juga dengan ayat al quran yang menceritakan tentang syurga dan nikmat, membuatkan diri seseorang berasa tenteram dan yakin akan janji TuhanNya.

Saya tidak menyamakan Al Quran dengan lagu manusia. Namun andainya seorang seniman itu mencipta syair (lirik) yang mampu menitiskan air mata seseorang, apatah lagi Allah, yang menciptakan naluri halus seorang seniman seperti itu. Mahasuci Allah!


Adakah anda tahu bahawa sesebuah lagu dan lirik mampu meningkatkan motivasi dan kecemerlangan pada seseorang? Sebuah lagu yang mempunyai lirik yang positif dapat meningkatkan semangat pada kadar tertentu. Adakah anda masih ingat lagu Fikirkan boleh dari kumpulan Metropolitan yang berdendangan di kaca televisen suatu masa dahulu? Ya, fikiran positif akan merangsang perkara diluar jangkaan!

Walaupun anda bukan dari keturunan yang berdarah seni, namun sebagai seorang manusia yang Allah Ta'ala telah ciptakan dengan mempunyai naluri dan perasaan, hati anda tetap akan bergerak melayari setiap alunan muzik tersebut.


Penghayatan: pilihlah muzik yang membawa kepada kebaikan diri. Nyahkan lagu ‘jiwang’, ‘slow rock’ dan seribu perkara yang boleh membawa jiwa anda menjadi lemah. Ingatlah, lagu juga mampu memusnahkan semangat dan 'mood' seseorang.

4 komen:

Tanpa Nama said...

boleh tahan juga muhriz ni main organ ye.. tapi kadang-kadang muzik ini boleh datangkan ketenteraman bg seseorang.. terpulang la..

Tanpa Nama said...

layan...layan... rentak muzik pun kena jaga, takut feeling lebih, jadi lembik langsung hAHAHa ;)

Tanpa Nama said...

nk tido pun kena dgr muzik gak aper....

Tanpa Nama said...

hati ni sebenarnye jugak cepat teransang dengan muzik. kalau berentak lagi laju, jantung pun jadi laju. silap-silap buleh mati. huhu

Catat Ulasan