Belajar dan mencuba

Kehidupan seorang manusia penuh dengan eksperimen, cubaan dan ujian. Manusia ketika lahirnya sahaja perlu belajar berdikari dengan bantuan anggota2nya yang telah Allah Ta'ala beri. Seorang bayi tidak akan kenyang tanpa mulutnya sendiri yang menghisap susu. Bagi mereka yang duduk sahaja di atas kerusi tidak akan mampu untuk memiliki sebuah Mercedes Ban mewah. Islam sendiri cuba membawa manusia untuk sentiasa berusaha walaupun kegagalan masih menanti. Dalam berusaha, manusia tidak akan dapat lari dari mencuba.

Sepertinya seorang professor mencipta ubat untuk sesuatu penyakit, tidak akan terlepas dari unsur cubaan. Kemungkinan gagal, dan kemungkinan berjaya. Hasil dari usahanya itulah dia akan mendapat banyak pengalaman, dan menjadikan dirinya seorang yang profesional. Seorang kanak-kanak juga dalam usahanya untuk berjalan, mengalami pelbagai cubaan, sehingga dia mahir cara-cara untuk berjalan dengan betul. Dengan jalan ini manusia akan menjadi lebih matang dari segi kehidupannya dan juga matang dalam semua perkara yang diceburi. Dan dengan itu juga ada kaitannya dengan motto blog ini, ‘sehari satu pengajaran’.

Cuba.. walaupun ada kemungkinan gagal..
Ingat tidak masa kecil dahulu, apabila kita inginkan sesuatu dari ayah dan ibu, kita akan cuba mencari pelbagai cara untuk mendapatkannya. Menangis, tidak mahu makan malam selama 3 hari, tidak mahu bercakap dan bermuka masam sepanjang waktu. Hasilnya? Ayah dan ibu mengalah, dan memberikan apa yang kita mahu. Ini juga sebagai adalah suatu cubaan! Andai kita tidak berbuat begitu, ada kemungkinankah anda mendapat apa yang anda mahukan?


Cuba… anda akan jadi Profesional!!
Lagi banyak cubaan yang anda lakukan, lagi banyak ilmu yang anda dapat dan anda akan jadi lebih professional! Saya belajar computer, grafik dan animasi juga dari hasil cuba mencuba. Tidak menghadiri kursus multimedia, malah tiada sijil keluaran dari Univerti Multimedia Cyberjaya! (macam pantun pula) Namun dengan kehendak dan cubaan yang memakan masa menjadikan kita lebih arif dan kemungkinan akan lebih arif dari mereka yang mencedok ilmu dari pensyarah. Kerana mereka tidak pernah melalui kesilapan seperti mana pensyarah-pensyarah mereka.

Pengetahuan seorang pakar pembuat roti yang sedap, tidak sama dengan pengetahuan pekerja-pekerja di kilangnya. Andainya roti tersebut tiba-tiba terasa keras seperti batu, pekerjanya tidak akan tahu apakah punca melainkan sesudah pembuat roti tersebut mengajarnya. Ini kerana pembuat roti tersebut pernah membuat roti menjadi keras suatu masa dahulu (masa muda-muda dahulu). Jadi pengalaman dari cubaannya dulu menjadikannya lebih matang dalam membuat roti, lebih dari pekerjanya.


Kisah dan penghayatan.
Brian Maxwell, pencipta coklat PowerBars.
Beliau berasal dari kanada. Beliau berhasrat mencipta coklat untuk ahli sukan supaya mendapat tenaga yang cukup. Dari dapur rumahnya, beliau mencuba sendiri resepinya dengan kerjasama seorang pakar pemakanan,UC Berkeley. Pelbagai ramuan yang dicampurkan untuk menghasilkan coklat yang sedap. Namun, keputusannya tidak memuaskan. Malah rasa coklat mereka begitu memualkan. Selepas tiga tahun mencuba dan membuat ujian, juga setelah lebih dari 800 jenis campuran, mereka berjaya menghasilkan bar coklat yang enak dan berkhasiat. Hasilnya, beliau menjadi jutawan dengan PowerBar!


Tidak cuba.. tidak tahu..
Ramai tidak mencuba kerana takut kepada kegagalan, sedangkan sekiranya tidak mencuba sesuatu juga, kegagalan pasti datang. Namun jika kita berani mencuba dan tidak takut kepada kegagalan yang menimpa, banyak lagi kemungkinan kejayaan-kejayaan besar yang bakal kita kecapi.


Bukan semua benda boleh dicuba..
Amat jahil orang yang mencuba sesuatu yang memudaratkan dirinya. Sedangkan dia tahu hakikat sebenar benda yang dicubanya itu. Contoh; cuba merokok, sedangkan sudah tahu rokok membahayakan kesihatan. Umpama orang yang tahu dalam minumannya ada racun, namun tetap mahu mencuba adakah racun membawa mudarat atau tidak. Atau pun seorang yang ingin menunggang harimau yang sedang lapar. Adakah harimau tersebut akan membenarkannya untuk ditunggangi seperti kuda? Cubalah.. ops.. jangan buat!

Jadi penulisan di atas hanyalah untuk membuka mata kita dalam membuat sesuatu pekerjaan tanpa ada rasa putus harapan, lemah dan takut gagal.

Pengajaran & Penghayatan: Berusahalah untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri!

Pelancaran Cakera Mawaddah

Seperti biasa, tugas mempromosi barang-barang DPMT mesti disegerakan.. kalau tidak kerugian pembeli
Tugas pengiklanan mestilah melebihi 3 kali ganda. Pengiklanan yang lembab menjadikan perniagaan anda slow dan tidak diketahui ramai.

p.s: kenapa Ustaz Yazid yang menjadi mangsa saya kali ini? tiada lagikah MODEL lain di bumi Tanta ini?

Seni Jari diKeyboard (4)

Seni jari di keyboard (3)

Bila eDPMT berwajah baru. dari hijau ke biru.. apakah maknanya?

Peperiksaan Berakhir, Ilmu Berterusan!

Alhamdulillah, peperiksaan (imtihAn) saya sudah ke penghujungnya. terasa ringan kepala ini, cuba untuk bertenang supaya ilmu yang di hafal tidak tertinggal di dewan peperiksaan. Tinggal ujian lisan (syafawi) bagi matapelajaran (maddah) al quran, usul feqh, feqh perbandingan.

Cumanya mungkin berkaitan dengan tajuk di atas. Meniru, menipu, men'copy', men'tapau' dan sebagainya adalah adik beradik yang sentiasa ada dalam hati-hati orang yang ada penyakit. Penyakit iman ini banyak menular di dalam masyarakat kita oleh sebab terkejar dek pangkat, harta dan nama. Janganlah kita sempitkan kepala otak ini dengan hanya menjuruskan bahawa, menipu hanya dalam pepeiksaan sahaja. Sebagai contoh saya bawakan di sini;

Hendak mendapatkan jualan, sesetengah peniaga atau pengeluar cuba mencipta testimoni dengan pelbagai jenis khasiat dalam produk mereka untuk melariskan jualan. Iklan di sana sini dengan paparan yang melampau dan ayat-ayat yang mampu memukau pembeli 'yakinlah dengan tut.. seperti mana anda yakin dengan tut..' Padahal produk mereka tidaklah seperti yang disangka. Dalam perkara ini Nabi saw amat melarang segala jenis penipuan dalam semua perkara, apatah lagi yang melibatkan duit dan keuntungan yang bakal kita makan sehari-hari.

Bagi seorang pelajar, menipu ini sering kita kaitkan dalam bidang 'meniru'. Bila datang peperiksaan, maka adalah sesetengah sahabat-sahabat kita yang sanggup meniru untuk lulus. Sebab apa dia meniru? Bagi saya sebab masa itu imannya kurang. Andainya dia yakin Allah melihatnya, maka dia tidakkan meniru.

Tidak kira dimana pun unversiti, luar dan dalam negara, sesiapa yang ada penyakit ini akan menggunakan 1001 teknik untuk meniru. (saya pun sudah mendapat pelbagai teknik tambahan untuk meniru dari pelajar syiria!) Wahai para ilmuan, adakah anda tahu, penyakit anda hari ini bakal menjadikan anda bahan bakar di akhirat kelak? Kenapa masih tidak nampak? Kita lihat, peperiksaan SPM contohnya, andainya kita meniru, dan dengan sijil itu kita mencari dan mendapat pekerjaan. Dengan pekerjaan tersebut kita mendapat gaji. Dengan gaji itu kita bawa makan untuk diri sendiri atau anak isteri. Tambahan pula gaji tersebut semakin bertambah dari hari ke hari.. Adakah ia halal? Islam tetap menjaga segala muamalat antara manusia dari awal punca pendapatannya hingga kemana dia menggunakannnya. Jadi adakah sumber pendapatan dari hasil meniru itu halal? Tidak. Ia tetap haram seperti juga adik beradiknya yang lain; menipu dan sebagainya yang telah saya terangkan di atas.

Begitu juga bagi sesetengah peniaga yang menciplak hak karya orang lain (dengan bahasa mudahnya cetak rompak) kemudian menjualnya. Ia tetap haram. Seperti juga anda mencetak buku pensyarah (doktor kuliah) dan menjual semula (resell) kepada pelajar dengan harga yang murah. Haram and tetap haram..

Pengajaran & Penghayatan: setiap apa yang kita lakukan, utamakan yang halal. Setiap satu perkara haram yang kita tinggalkan, Allah akan ganti dengan satu perkara yang halal untuk kita.