Harapan Orang Tersayang

Sudah lama rasanya tidak memberikan coretan berbisa di dalam blog ini sejak sebulan lalu. Maklumlah musim peperiksaan yang melanda umpama kemarau yang tersebar luas di negara belah afrika sana. Semuanya mundar mandir ke sana sini membawa sekeping buku buat sajian setiap hari. Selera untuk melihat komputer hidup sepanjang waktu terpadam dari jadual harian..


Semalam saya diberikan Cenderahati Istimewa oleh sahabat kecil saya yang bernama Muhammad Rif’at. Pada awal perlakuan mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya memberikan saya gambaran seribu tanda tanya. Istimewa agaknya. Lalu Muhammad Rif’at membuka sehelai kertas A4 yang dilipat lapan itu. Hampir renyuk, mungkin sudah di tapai seminggu yang lalu. Katanya “Awak lihatlah lukisan ini pada setiap malam. InsyaAllah awak akan berjaya.” Lukisan hasil lakaran tangan seorang pelajar sekolah rendah itu cukup untuk membuatkan saya terharu dan sebak di kala itu. Tidak saya sangka sahabat kecil itu juga menaruh harapan atas kejayaan saya selepas harapan yang tinggi dari ibu bapa di Malaysia.

Harapan orang disekeliling yang tidak kita ketahui..
Sebenarnya kita tidak keseorangan dalam apa jua perjuangan, pengorbanan. Ada mata-mata yang memerhati dari jauh dengan kerdipan sinar harapan agar kejayaan itu menjadi milik kita pada suatu hari nanti. Dia juga akan tersenyum pada waktu itu.

Tidak sanggup rasanya untuk memusnahkan harapan yang menggunung yang ditimpakan ke atas bahu kita tanpa menyahutnya dengan kejayaan cemerlang. Harapan ibu ayah, harapan sahabat, harapan guru di sekolah dahulu yang tidak pernah kita ambil peduli. Maka kini hayati dan selamilah ke dalam lubuk hati mereka dalam menghasilkan kejayaan itu! Jadikan ia sebagai sebuah inspirasi dalam melonjakkan diri anda ke arah kecemerlangan.


8 komen:

niesa.imana said...

salam wbt..

subhanallah, seronoknya ada sahabat kecil macam tu.. +)

insyaAllah, kebarangkalian doa daripada mereka yang tak diketahui pun menaruh harapan kat kita untuk dimakbulkan-NYA sangat tinggi..

wallahualam.. +)

husmi said...

salam bro!

kanak-kanak mmg suci..subhanallah..hebat2

SangMentari said...

Sungguh beruntung punya rakan seperti itu. Bersih hatinya.

p/s salam imtihan, Muhriz.

Tanpa Nama said...

salam..
mempunyai sahabat kecil seperti itu ianya amat menginsafkan hati..
kerna..kadang2 pemikiran si kecil mampu mencernakan fikiran yg rawan..kerna hati dan fikiran mereka lebih bersih dari kita..:)

ati said...

kadang- kadang berkawan dengan sahabat kecil lebih menghiburkan hati kita..dengan telatah mereka yang sentiasa membuatkan kita tersenyum.kadang-kadang pandangan mereka lebih bernas daripada orang dewasa..

muhriz rahmat said...

*niesa.imana - Ya, doa dari mereka yang tidak diketahui itu maqbul, juga orang tersebut akan mendapat apa yang dia doakan itu untuk dirinya.

*husmi - Cubalah cari sahabat kecil yang berbangsa Jepun pula! Bukan sekadar badannya kecil, mata pun kecil juga.

*SangMentari - Dia juga beruntung kalau saya membelanjainya sebotol air gas kegemaran. ;)

*Tanpa Nama - Bersahabat dengan mereka sudah pastinya kita akan selalu bercerita yang positif. Kalau dengan orang lain, pelbagai ragam pula yang hendak dikata.

*ati - Memang meriangkan. Jangan sampai kita sahaja yang menjadi kanak-kanak riang.

Tanpa Nama said...

Subhanallah.

“Awak lihatlah lukisan ini pada setiap malam. InsyaAllah awak akan berjaya.”-ana quote dari tulisan nta.

Subhanallah,kirim salam ana kepada anak kecil yang fitrah itu.Semoga semangat as-Syahid Ryan juga bersama nta,ya akhi.As-syahid Ryan adalah pemimpin utama hamas,juga bukan....betulkan ana,jika tersilap.

-sama-sama berjuang memburu kejayaan kerana Allah,semoga kejayaan ini akan menjadi jambtan untuk kejayaan di hari Sana.InsyaAllah.

ika said...

subhanallah............ keren

Catat Ulasan