Rehatkan Minda, Namun Minda Tetap Berjalan

SAAT yang penuh dengan kegembiraan itu berakhir pada hari ini. Dua buah usrah gabungan yang diketuai oleh Ustaz Firdaus telah memulakan perjalanan ke Baltim semalam. Aktiviti santai dan penuh tenang itu berjalan begitu lancar sekali.

Walaupun berenang di dalam gelombang kecil pantai dan bermain boleh sepak di atas pasir tebal yang amat me'NYEMPUT'kan dada, namun dua usrah ini bukan pembuang masa seperti mat rempit yang berfikiran sempit diluar sana. Muzakarah, perbahasan dan qiamulail itu yang menjadi aktiviti utama selain menjamah ayam bakar hasil seni tangan Ustaz Nazrie.


Sesekali perlu tenangkan fikiran dari kesibukan bekerja..
Hari ini kita melihat anak-anak dididik dengan penuh kesungguhan. Beg galas harian mereka seberat hampir 10 kilo digendung ke sekolah. Petang ke kelas tuisyen dan malam pula sibuk menyiapkan kerja sekolah.Padahal mereka hanyalah pelajar KECIL yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Kini waktu bermain sudah tidak ada. Adakah ini satu aktiviti yang benar difikirkan oleh ibu bapa? Kita tidak perlu menghilangkan fitrah manusia yang punya penat, rasa ingin berkawan dan berseronok semata-mata ingin menggapai impian secara paksa. Ramai orang yang cemerlang ada waktu rehat dan bersenang-senang.

Setiap manusia itu perlu ada waktu liburannya. Waktu bersama keluarga. Waktu bermain dan bersenda bersama kawan-kawan. Usah mengganggu fikiran anda dengan segala paksaan kerja, kelak anda akan menjadi pelajar cemelang yang kini sudah kabur hidupnya.

Walaupun anda mempunyai waktu rehat, jangan siakan waktu itu dengan rehat-rehat kosong!

2 komen:

ajidZ said...

merehatkan fikiran sambil mengambil iktibar dgn menyaksikan keagungan,kebesaran,keajaiban ciptaan ALLAH SUBHANAHU Wa TAALA..Insya ALLAH pasti ketenangan yg amat di rasai dlm sanubari..

muhriz rahmat said...

Rehat dan santai pun boleh mendatangkan pahala. Amat indah ISLAM itu. Ajidz, hang sedang berehatkah tu? ;)

Catat Ulasan