Banyaknya Kerja!!

“Aduhai.. Banyak pula kerja hari ini..” Luahan harian atau mungkin pada setiap awal bulan. Berpinar mata melihat senarai tugas yang akan dilakukan setiap hari. Berfikir sendirian mengapa semua kerja ini harus aku tanggung. Perlu masak, perlu membaca buku untuk peperiksaan, perlu tukarkan lampin anak-anak dan macam-macam.

Tapi sedarkah bahawa usia kita sudah meningkat? Mari kaji bersama banyaknya kerja yang kita hadapi dari sudut meningkatnya umur kita. Ya.. dulu sewaktu kecil kita tidak merasa beban yang banyak untuk meneruskan kehidupan. Kadang kala pada usia 7 tahun masih lagi ibu yang menyuapkan makanan.

Kini kita sudah berusia, banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Apatah lagi jika sudah berumah tangga. Maka terimalah ia sebagai satu ibadah. Bila dinamakan ibadah, andai anda lakukan, maka ganjaran pahala akan anda miliki.

Andai anda sekarang tidak punya kerja dan memiliki waktu terluang yang banyak, bermakna anda masih belum cukup dewasa. Orang yang terkurung dipenjara juga punya kerja. Jadi usah gelisah dan bermuram durja jika kerja berderetan yang menanti kehebatan anda untuk menyelesaikannya. Ia sebenarnya menguji tahap kecekapan anda menguruskan masa! Bermotivasilah.. Ya, saya kini sedang bersemangat hendak mencari kerja! (dalam erti kata lain, saya sudah DEWASA) ;)

6 komen:

Farid Rashidi said...

Rasa bersalah pula bila menyuruh akhi muhriz membuat kerja..maaf ya.

ati said...

sebagai student juga mesti kita banyak masalah kan.dengan assignment,kawan-kawan,class..tapi semua itu dugaan.tiada kerja yang senang dalam dunia ni.kita kenalah pandai manage time kita.dengan manage time,kerja yang susah boleh diselesaikan."nothing impossible".kita kenalah sabar.jangan merungut & jangan putus asa.pasti kerja yang banyak dapat diselesaikan dengan mudah."nak seribu daya,tak nak seribu dalih" betul x?

SangMentari said...

Bila banyak kerja, maknanya kita semakin maju ke depan. Betapa ramai yang mengaku tak punya kerja, walhal diri sendiri yang tak tahu mencari kerja. malas membuat kerja.

daYang said...

salam wbt..

sy setuju dengan saudara. sudah tiba masanya kita menjadi dewasa, xkan selamanya nak jadi budak kecik? huhu.. (walaupun rindu ntuk makan disuap mak) +)

ps: sy mohon izin untuk linkkan blog ni ya. terima kaseh.

muhriz rahmat said...

Farid Rashidi: Tek perlu bersalah, risau juga sebab ramai pesalah kini perlu ke penjara. Jadi, jangan mengaku jadi pesalah ya! Kerja itu mudah..

ati: Betul. Selamat Menjalani Peperiksaan!

SangMentari: Ya, banyak kerja bermakna ramai yang memerlukan anda kerana anda HEBAT!

daYang: Saya pun tak mahu kecil selamanya seperti cerita Conan. (Nanti tak dapat menjejakkan kaki atas pelamin tau! Silakan cik daYang untuk kongsikan blog hamba ini.

nur syahiirah said...

salamun alayk..
saya pernah baca dalam buku motivasi..tapi tak berapa ingat dia punya kata2 tu..ada kerja susah, tak ada kerja lagi susah, jadi lebih baik ada kerja dari tak ada kerja..lebih kurang gitulah dia punya kata2 tu..
ya..saya setuju..sekiranya kita niatkan setiap keja yang kita lakukan sebagai ibadah kepadaNya, InsyaAllah kerja kita akan lebih mudah dan teratur serta akan diberkatiNya..
maka bekerjalah selagi mampu..

Catat Ulasan