Video Muhasabah Seorang Anak

Hari ini saya ingin berkongsi satu video yang mampu menewaskan sifat malas seorang pelajar. Atau sebagai pemurni jiwa derhaka seorang anak. Terima Kasih kepada saudara Quhafah kerana telah menemukan semula video ini setelah sekian lama hilang dari komputer saya.



Ini adalah salah satu peledak semangat anda ketika ia mula merudum. Video ini jugalah yang selalu saya tonton ketika semangat mula pudar disebabkan beberapa perkara yang mendatang tanpa dipinta. Jika anda malas untuk muhasabah diri, membetulkan niat, maka bukalah mata, hidangkan telinga anda untuk menonton dan mendengar video ini.

Video ini juga amat memberi kesan kepada jiwa apatah lagi jika anda duduk berjauhan dengan ayah dan ibu diperantauan. Dengan kasih sayang mereka, kita kini mampu mendaki ke puncak dengan mudah. Setiap langkah dipimpin tidak pernah putus. Maka jangan putuskan harapan mereka. Andai pun anda tidak mampu membalas jasa mereka barang sedikit pun, maka tidak usahlah untuk menyusahkan mereka.

5 komen:

Dr.Irwan said...

MEmang insaf la tengok video ni. tngkap nangis. Teringat janji-janji dengan mak ayah dulu

muhriz rahmat said...

Ya. Tapi bukan sekadar 'nangis' yang kita mahukan., tapi keinsafan dan perubahan.

ati said...

ya Allah ya Tuhan kami,Engkau kasihanilah kedua ibu bapa kami seperti mana mereka mengasihi kami sejak dari kecil lagi..aminn.sesunguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu..

Quhafah said...

Maha Hebat Yang Maha Penyayang yang menyalurkan sedikit kasih sayangNya melalui naluri seorang ibu.

ibu bapa kalau secara perasan kita meneliti sebenarnya tergolong didalam 'wali', yang mana kewalian tersebut terbukti dengan beberapa perkara yang menjadi masin dimulut mereka.

orang2 tua dah berpesan, jangan lawan cakap ibubapa..

Tanpa Nama said...

Assalamualaikum,ya akhi.

Suka sekali untuk mengunjungi penulisan saudara,lebih-lebih lagi dalam unsur motivasi.

Jazakallah wa syukran jaziilan,ya akh.Ana menghayatinya dengan minda yang terbuka.Semoga saling sama-sama berdoa moga ditetapkan iman dan amal kekuatan olehNya,insyaAllah.

Ya,ingat ibu dan ayah adalah antara tangga yang paling hampir untuk mengingati Allah yang Esa.
Ana juga ada satu link perkongsian buat nta.

Karya ni,ana selalu juga jenguk.Menulis ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bumi jepang.Masih belum sangat matang waktu itu.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=581

Jazakallah,buat akhirnya kerana jiwa ana juga tersentuh untuk berubah kepada yang lebih baik dari semalam.Jazakallah.

Catat Ulasan