Tips Hilangkan Gundah dan Kesedihan

Masyarakat hari ini diselubungi dengan perasaan gundah gulana dan sentiasa bersesak dalam kesedihan. Bila perasaan ini mula terhasil, mereka tidak mampu mengawal diri dan akhirnya berlakulah kesedihan yang lama. Semua perkerjaan tertangguh dan kesihatan tergugat. Kesedihan manusia memang akan wujud walaupun dengan suatu sebab yang kecil dan ringan. Kematian anak kucing yang baru dijaga selama seminggu juga boleh mengakibatkan kesedihan.


Nabi Muhammad saw juga pernah bersedih dengan kematian orang yang dikasihinya iaitu Siti Khadijah. Namun itu tidak bermakna nabi tidak mempunyai kekuatan diri. Kesedihan itu fitrah manusia. Namun ia tidak boleh dibiar terus membiak di dalam jiwa.

Sifat redha adalah penenang bagi jiwa yang kontang dek kemarau kesedihan. Inilah salah satu sifat yang dianjurkan dalam islam untuk diamalkan. Secara realitinya setiap kesedihan sesuatu yang kita tidak ingin berlaku itu akan mudah kita lupakan dengan sifat redha.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Jagalah apa yang diberikan Allah serta janganlah berputus asa. Jika engkau ditimpa musibah, maka janganlah berkata: “seandainya aku begini dan begitu”, tetapi katakanlah, “ini adalah taqdir Allah dan Dia mengerjakan apa yang dikehendakiNya”. Jika engkau mengatakan perkara itu, bererti membuka peluang untuk syaitan.

Ramai yang hidup dalam gundah gulana. Fikiran seharian terganggung dengn pelbagai ragam masalah. Wang sentiasa cukup namun diri yang sentiasa tidak pernah puas dengan sumber material menjadi fikiran buntu tidak pernah sudah. Kerugian yang sedikit di dalam perniagaan cukup untuk membuatkan seseorang itu tidak tenang tidur.

Redhalah dengan kehidupan anda sekarang atas apa yang berlaku. Kelak klita akan mampu meneruskan kehidupan ini dengan bahagia. Inilah mengapa sebabnya semua orang Islam wajib untuk beriman dengan taqdir Allah Ta'ala. Apa yang ditaqdirkan oleh Allah pasti akan berlaku walau betapa kuat diri kita untuk menolaknya. Begitu juga sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Usahlah bersedih dengan rezeki yang sedikit. Ia tetap pemberian Allah. Yakinlah bahwa rezeki tetap akan datang kepada tuannya seperti juga maut datang tanpa dipinta oleh si hidup. Jangan juga menyalahkan Allah dan mempersoalkan akan keadilanNya. Walaubagaimana kuat anda bekerja kelak tiba-tiba dipecat, anda akan menderita juga.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Janganlah engkau menuduh Allah terhadap apa yang telah ditetapkannya kepadamu. (Hadith riwayat Ahmad) Ketahuilah setiap apa yang Allah lakukan dalam hidup kita adalah kebaikan. Apakah kebaikan itu. Kebaikan akan datang bila anda bersabar;

Pertama: Pahala akan diberikan seandainya anda bersyukur di atas kejayaan yang diberi.

Kedua: Pahala juga akan diberikan andai anda sabar dalam kegagalan yang ditimpa.

Oleh itu selesai dari apa-apa pekerjaan, serahkanlah kepada Allah. Fahamilah takdir Allah itu bukan untuk menyiksa manusia tapi untuk memperkukuhkan jati diri dalam hati kita.

11 komen:

Tanpa Nama said...

Salam....
Saya link kan blog nie yer..
Boleh???

Tanpa Nama said...

Orang yang tidak beriman akan cari jalan mudah untuk hilangkan masalah iaitu: bunuh diri dan lain-lain perbutaan negatif

Tanpa Nama said...

orang ada iman mesti mesti mempunyai jati diri yangkuat. Iman tu yang menguatkan kita. ya tak

Tanpa Nama said...

Bagaimana plak kalau sudah redo pun masih jugak bingung? Tension?

muhriz rahmat said...

Pengembaraanku - Silakan.. dialu-alukan
Dr.Irwan - Kerana itu iman boleh mendatangkan semangat bagi pemiliknya.
Tanpa Nama - Itu maknanya redhanya itu hanya letak pada mulut, bukan dihati. Ikhlaskanlah ia supaya tertanam kukuh dilubuh hati.

Tanpa Nama said...

Maha Suci Allah, atas segala apa yang diciptakan tanpa sia-sia..
menjadikan segala yang zahir & batin menunjukki Jin & Manusia bahawa Allah lah Yang Maha Agung & Maha Besar melalui ciptaan2Nya..

bertuahlah sesiapa yang merasai sedih, kerna ianya mungkin tdk lg dirasai oleh org2 yg gembira diakhirat...

Tanpa Nama said...

thanx utk blog nie..smestinya sifat redha 2 penting dlm hdp kt nie..so sy kena p'bnykkn redha pd allah ats pe yg b'laku..

Tanpa Nama said...

sa sdG SE-D NE...;-(cam org xm0 kesah jak ma sa..suma m0 mrh2 sa..ble bg sa sdkt advance ka??ehm.....

Tanpa Nama said...

Perlu ke kita sabar dengan orang yang sentiasa membuat kita menangis dan sakit hati?

Tanpa Nama said...

Leh xbri tips utk redakan hati wkt pts cnta?!!!!

Tanpa Nama said...

mcm mna kta nk tolong tenangkan hti org yg tgh dlm ksedihan??ce bg tips skit kot ado

Catat Ulasan