Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?

Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga habis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba. Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat taqdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada pos kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.

Susahnya mencari jodoh!
Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab, “dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”. “Pandai jaga hati”. Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan‘baik’ itu yang berbeza. Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah.

Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya. Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka: “Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.” “Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati”. “Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu”. Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu? Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain.





Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah!

Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita? Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu. Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh. Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita.

Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.



16 komen:

Quhafah said...

Sememangnya cita untuk mendapatkan pasangan yang ideal dan bernas menjadi pilihan setiap insan, tetapi kebanyakan pencita ketinggalan dalam menyaingi ciri idaman hati,sedang dalam Al-quran menunjukki kita..

Lelaki baik untuk perempuan yang baik, perempuan baik untuk lelaki yang baik..

ini menunjukkan adanya pasangan masing2 yang bertepatan dengan ciri2 yang ada pada diri seseorang...

Nampaknya penulis sudah tiba masanya untuk membuka diskusi tips-tips mencari jodoh soleh solehah ;P

ajidz said...

menyelusuri hadis Rasulullah S.A.W dikahwini perempuan itu 4 perkara:iaitu kerana hartanya,keranan keturunannya,kerana kecantikannya,kerana agamanya,dan adab sopannya maka utamakan yg mempunyai keugamaan.maka beruntunglah hidup kamu.(muttafuqun a`laih)

dengar lagu rabbani(cari pasangan)dan amik iktibar dr lagu ali mamak(Joget Dimana Lah Jodoh) ;)

djambu puadovich said...

salam kunjungan balas :)

Permata Nusantara said...

salam ziarah dari kepulauan nsantara...pertama kali sy ke sini ya,

sudah menjadi sifat semulajadi setiap manusia mahukan yang terbaik....namun...kita sendiri manusia tidak semuanya sempurna....pasangan juga punya kelebihan atau kekurangan tersendiri...begitu jug diri kita....apa yg kurang pada kita...akan ditampal dengan kelebihan pasangan...begitu juga sebaliknya.....maka...saling melengkapi pasangan itu....jadi usahlah memikirkan mahu meletakkan kriteria yg sukar dicapai kepada pasangan....sedangkn kita sendiri juga tak mampu ada ciri2 itu..terimalah seadanya....

DAMAI said...

salam ziarah buat tuan rumah...

jangan mudah lelah dalam berUSAHA menjadi
hamba-Nya yang soleh dan solehah...

jangan jemu mengangkat tangan berDOA agar dikurniakan pasangan yang soleh atau solehah...

jangan berhenti berTAWAKKAL dan sentiasalah YAKIN bahawa setiap apa yang Allah beri pada kita itu adalah yang terbaik untuk kita....^^

ati said...

nobodys perfect in this world..so am i,nobody borned to be perfect,as a human,we always make mistake..to find the perfect person is hard,not easy because we also not a perfect person...just pray to Allah,because Allah know everthing..

muhriz rahmat said...

*Saudara Quhafa dan Saudara Ajidz memang pakar dalam bidang pemilihan jodoh ini. Bilakah mahu buka "Agen Pencari Jodoh?"

* djambu puadovich: Terima Kasih, datang lagi..

* Permata Nusantara: Ya meletakkan kriteria yang melampau membuatkan kita rugi sendiri. TErima KAsih!

* DAMAI: Betul tu, Tawakkal dan Usaha untuk dapat yang terbaik. Juga kita TAwakkal dan Usaha untuk perbaiki diri sendiri.

* Ati: Jadi terimalah apa saja kekurangan, kerana kita tidak akan bertemu dan sekali-kali tidak akan bertemu dengan bidadari syurga di atas dunia ini.

SangMentari said...

Wah, menarik entri ini ya... jadi soleh, pasti juga mendapat solehah..

salam ziarah dari abbasia...

princessislam said...

princessislam datang balas kunjungan....kompleksnyer apabila memikirkn soal jodoh niee...princessislam tekad nk capai cita2 dulu..n lbh ske menyerahkan soal nie pd Yang Menentukan Segalanya..artikel nie bagus ntuk bacaan smue..keep up the good work!!!

Unknown said...

artikel yg menarik..
yg pasti Jodoh n prtemuan sudh dittpkn Allahs jak azali lagi..

yg baik untuk yg baik bgtu juga sblknya..~
ttpi dlm mncri jdoh,usaha n kesungguhan juga amat diprlukan dismping doa2 yg tak pts2..
sekdr pndgan..ws

MalopeTrifida said...

salam ziarah dr ana....subhanallah ana kagum dgn article ni cz ana mmg cari2 article sal jdh ni...kalo diizinkan ana nk post article ni kat blog ana supaya ilmu ni dpt di share pd teman2 ana jugak...itupun kalo akhi izinkan...btw nice blog keep it up....maasalamah..illaliqa...wasalam wbt....

muhriz rahmat said...

silakan, dengan tambahan; perlu diletak link asal artikelnya..

MalopeTrifida said...

link asl article?cne 2 akhi?p sye da mention about ur blog kat c2....

muhriz rahmat said...

tidak mengapa, saya sudah lihat. silakan.

Yanti Kamiarsih said...

Subhanallah... membaca tulisan ini membuat mata dan hati saya terbuka, karena memang fitrah manusia normal adalah menginginkan pasangan yang baik. dan ketika kita menginginkan pasangan yang baik, apa yang harus kita lakukan????? ya,benar sekali kalau kita dululah yang memperbaiki diri, berubah menjadi sholehah baru mendapat yang sholeh sebaiknya menjadi sholeh untuk mendapatkan sholehah. yang sekufu' terutama dalam hal agama dan faham akan hakikat dan tujuan kita hidup di dunia, ketika kita sama mengerti akan dua hal itu maka hal yang kita idamkan yakni keluarga sakinah mawaddah wa rahmah akan kita raih. Insya'Allah.... semoga kita menjadi pribadi yang sholeh sholehah sehingga kitapun akan mendapat mereka yang sholeh juga sholelah. Salam Belajar Berjuang Bertaqwa.
^_^ Wassalam.....

Tanpa Nama said...

fantastic put up, very informative. I wonder why the other
specialists of this sector don't realize this. You must continue your writing. I'm
sure, you've a huge readers' base already!

My weblog: atlaslm.com

Catat Ulasan