Sudah 4 tahun buku saya berada di pasaran

Pejam celik, pejam celik dan kadang-kadang tak tercelik langsung sudah hampir 4 tahun buku ‘Panduan Asas Membina Laman Web’ berada di pasaran. Mengingat kembali di awal penerbitan buku tersebut yang penuh dengan susah dan payah, saya berasa syukur kepada Allah SWT dan yakin dengan tawakkal kepadaNya. Yang mana setiap apa yang kita usahakan, itulah hasilnya. Ingat tak, tulisan saya hasil cuba mencuba?



Pada waktu tersebut, saya buntu bagaimana cara hendak mencetak buku tersebut. Maklumlah saya belum pernah belajar atau bekerja di syarikat penerbitan, tambahan pula berurusan dengan pencetak di luar negara yang majoritinya berbangsa arab!. Hampir beberapa bulan projek untuk menghasilkan buku tersebut tergendala. Duit pula banyak habis dengan menaiki teksi ke sana sini. Belum lagi mengira kos percetakan dan penghantaran. Hampir semua maktabah dan pusat percetakan saya pergi, namun ada pelbagai ragam yang membuatkan saya hampir lemah semangat dan tidak berupaya untuk menjamah nasik walaupun setengah pinggan .

Tapi fokus saya pada waktu itu hanyalah satu, ‘saya akan mencetaknya juga walau apapun yang akan terjadi’ (begitu serius bunyinya). Setelah itu baru saya berjaya menemukan dengan sebuah syarikat pencetak buku yang memudahkan kerja saya. (Untuk maklumat, percetakan buku di Malaysia amat mudah, kadang-kadang hanya berikan manuskrip dalam format Microsoft word sudah memadai).

Pada penjualan bulan pertama sahaja sudah cukup untuk mendapatkan kembali wang modal. Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dari pelajar-pelajar di sini. Di waktu itu saya berfikir bagaimana seorang penulis mampu menghasilkan duit dengan hanya menerima bayaran royalti beribu-ribu ringgit sebulan dari jualan buku tulisannya. Adakah anda tahu bahawa dengan menulis, anda sudah menempah satu pekerjaan tambahan? Di sini saya ingin berkongsi bagi mereka yang minat dalam penulisan tidak kira dalam apa jua bidang. Layari: http

Banyak perkara saya belajar tentang proses percetakan. Dari segi pemilihan kertas, pemilihan warna, struktur buku dan lain-lain. Satu ilmu baru yang Allah SWT berikan!

Pengajaran & Penghayatan: Fokuskan pada apa yang kita ingin lakukan, dan halakan usaha kita dengan tawakkal kepada Allah, pasti kita akan temui hasilnya. Sedarlah bahawa segala kesusahan akan menemui kesenangan seperti mana kesenangan juga akan bertemu dengan kesusahan.. Inilah janji Allah untuk orang-orang yang bersabar!

4 komen:

Tanpa Nama said...

mantop2 ust mesir leh buat buku website. lain dari yg lain la

Tanpa Nama said...

teruskan kemantopan tue, moga ustaz2 di mesir semuanya mantop pelbagai bidang diceburi, menunjukkan Islam itu syumul

muhriz rahmat said...

Semuanya datang dari ALlah.

Tanpa Nama said...

dah ader jual kt malaysia ker??

Catat Ulasan